Sabtu, 27 April 2013

Pesta Buku KL 2013

Assalamualaikum semua.Berjumpa kembali di entri terbaru.Kali ni pesta buku antarabangsa KL 2013 kembali lagi.Tempat tumpuan peminat2 buku merusuh ke PWTC KL.
Pesta ini akan berlangsung seminggu bermula 27 Apr sampai 5 Mei ni.Buku dan pengetahuan berjalan seiringan dan rakyat Malaysia sekarang makin matang.Tapi pd pengamatan aku,booth yg menarik ramai org terutamanya student tak lain x bukan booth kartun. Munkin bajet tade nak beli buku ilmiah kot tp apahal pun bagus sbb suka membaca.
Aku pun belikan beberapa buku utk anak sedara aku.Niat di hati nak suh dia jd peminat buku..so kenalah pupuk minar dr kecik.
Utk aku pulak,hanya beli buku satu je sbb buku-buku kat rumah tu masih x terbaca lagi.
Okla sampai sini sj entri kali ni dan jumpa di entri lain.




Khamis, 18 April 2013

Jelajah Jakarta Bandung Hari 3 dan 4

Hari 3

Oleh kerana hari ke empat kami mesti bertolak awal-awal pagi jam 2am maka pada pagi hari ke tiga, kami memulakan hari shopping dengan mengunjungi Pasar Baru. Kami beli apa-apa yg patut di Pasar Baru. Pusing pusing sampai 3 jam rupanya kami berada di situ. Secara jujurnya aku tak suka berada di Pasar Baru sbb tak best lah kat sini. Aku suka lagi di Jakarta sebab byk pusat-pusat grosir contohnya di Tanah Abang,ITC Pasar Pagi Mangga Dua, Pasar Glodok,Senin Jaya,Pasar Baroe dan Blok M dan mungkin banyak lagi. Mungkin setiap orang ada tempat kesukaan masing-masing kan.

Setelah habis berambu sakan di Pasar Baru, kami makan lunch di Sangkuriang Restoren. Sangkuriang ni tempat makan Sunda. Kira best jugalah sbb apa yg di hidangkan mmg sedap. Habis jer makan, kami teruskan jalan-jalan ke PJV (Paris Van Java).










Setelah itu, kami perlu merehatkan diri sebab awal pagi kami perlu ke Jakarta sbb flight Mandala Air akan berlepas jam 0735am. 

Hari 4
Jam 0200am kami check out dari Pop Hotel. Perjalanan dari Kota Bandung ke Terminal 3 Jakarta memakan masa + - 2:30 jam. Kami semua tidor semula di dalam van bas. Kesian Hendy bawak sorang2.Hehehe....Sampai di Terminal 3 Jakarta, jam menunjukkan 5am. Kami terus masuk ke ruangan check in dan malangnya kaunter Mandala Air terlalu lembab dan mengakibatkan kami berbaris sampai 2 jam berdiri dan dapat check in jam beg dan tiket dapat pukul 7am.
Sampai di LCCT semula pada jam 1040am waktu Malaysia dan kami berehat semua di rumah aku di Dengkil.

Jelajah Jakarta Bandung Hari 2

Sambungan dari hari 1

Hari 2
Kami mula jelajah di awal pagi kerana kami akan berangkat ke Tangkuban Parahu. Jam 0730 kami dah naik bas van yg di pandu oleh Hendy. Waktu dulu masa kami ambil dia as supir, dia ni tak byk ckp. Tp skg ni dah byk ckp dan sempat bgtau, kalau nak beli brg cenderahati jgn beli kat Tangkuban ni..sebab harga dorang ni suma nak pancung leher. Masuk je kawasan Tangkuban Parahu ni,kami dah terbau bauan sulfur yg busuk. Yelah baru 3 hari dibuka utk umum. Perkara yg tak di ingini terjadi di mana adik pompuan aku telah di tipu bulat2 oleh penjual yg sentiasa ikut dia. Habis Rp500,000 sbb Irfan anak dia ambil key chain. Kalau aku ada waktu tu, mmg dah lama aku pulangkan. Kesian tengok dorang ni kena ikut je ngan penjual. Kat sini, mmg kena jadi orang yg berhati kering. Jgn mudah cair dgn pujukan dorang. Aku berjaya tak kuarkan duit kat sini sbb dah 3 kali pergi dan dah tau taktik dorang ni.Hehehe....




Setelah menyedut udara sulfur di Tangkuban Parahu, kami bergerak ke Strawberry Park di daerah Lembang ini. Kat sini kita boleh pickself dan nanti kita timbang. Harga utk sekilo ialah Rp70,000. Kami juga di beri air strawberry fresh.




Setelah itu kami makan-makan di Restoren Padang di Kota Bandung. Setelah makan, kami di bawa ke daerah Popok utk beli kain atau telekung di salah sebuah rumah supplier Pasar Baru. Setelah itu, kami ke Cibaduyut di mana di situ tempat penjualan barang-barang kulit. Abah aku telah membeli talipinggang kulit dengan harga Rp150,000. Kira okla tu dan aku pula telah belikan kasut jenama Nike utk adik laki aku dengan harga Rp200,000. Selepas itu kami terus pulang ke Hotel dan makan malam hanya di Festival Citylink Food Court.






Jelajah Jakarta Bandung Hari 1

Bertemu kembali dengan episod ke 2. Okla akan di imbas kembali cerita jelajah ini yer.

Hari 1
Kami sekeluarga berkumpul di Terminal LCC jam 9am. Beratur di kaunter Mandala Air(TigerAirways) punyalah panjang. Adik laki marah-marah sebab tak dpt antar sbb ketiadaan parking bay yg kosong.
Tiba di Terminal 3 Jakarta jam 1220pm. Berjumpa dengan Hendy ( supir yg dulu bawak kami jalan-jalan Bandung). Terus ke ITC Pasar Pagi Mangga Dua utk makan tengahari di D'Cost. Solat di Mangga Dua dan tengok-tengok apa yg menarik di situ.
Terus berangkat ke Kota Tua @ Kota Lama. Jalan-jalan sambil beli coklat sedap. Kotak coklatnya cukup menarik sbb ada kata-kata lucu.



Setelah habis pusing-pusing di Kota Lama, kami terus berangkat ke Bandung dan check in di Pop Hotel Festival Citylink. Hotel bajet tapi kira okla.


Itu sajalah untuk hari pertama kami di Jakarta-Bandung. 



Isnin, 1 April 2013

Jelajah Jakarta Bandung

Assalam semua,just nak update atau nak jadikan kenangan bagi diri aku ni yg mana pada 24/3-27/3/2013 kami sekeluarga telah bercuti bersama di Bandung, Indonesia.
Percutian yg telah lama dirancang dan di biayai oleh abah aku kami berangkat seramai 8 org; 6 dewasa 2 anak2.
Hari pertama sampai di Terminal 3 Bandara Jakarta, kami di sambut oleh Hendy iaitu supir kami.
Kami di bawa ke D'Cost Mangga Dua untuk lunch dulu. Kemudian meneruskan jalan2 ke Kota Lama,Jakarta. Setelah itu lami berangkat ke Bandung dan bermalam di Pop Hotel Festival Citylink Jalan Peta Bandung.
Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Jakarta.
Okla cukup setakat sini dulu update episod 1 penjelajahan Jakarta Bandung. Bertemu di episod kedua.