Isnin, 17 Februari 2014

GGB'ers Ride Patin Temerloh 15 Feb 2014

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Pada 15 Februari 2014 aku dan team GGB'ers ride Patin Temerloh. Kali ni kami seramai 13 orang bergerak dari RV pertama di BHP Karak. Kami golek tayar setepat 830am setelah baca doa yang di bacakan oleh Irman.

Kami berhenti sebentar utk bersarapan di Pekan Karak. Perjalanan dari BHP Karak sehinggalah ke Pekan Karak hanya mengambil masa 30-40 minit sahaja.

RV Sarapan di Pekan Karak

Sarap dulu

Ikhwan Selfie


Kami menyambung perjalanan semula tepat jam 1030 am. Kami meneruskan perjalanan ke Temerloh Bandar Patin.Sampai di Tol Temerloh, ada 2 orang dari kami meneruskan perjalanan ke kampung masing-masing so tinggallah kami seramai 11 orang sahaja. Seterusnya kami terus ke Sungai Temerloh yg di ketuai oleh Irman. Well Irman dah biasa dengan bandar Temerloh sebab dia sering ke Temerloh utk menguruskan hal bisnes dia. Selama sejam kami melepak di tepi sungai dan tepat jam 1pm kami terus ke restoren.


Gila bergambar

Panorama Sungai Temerloh

250 vs 650 







Dari kiri : Fifi,Farid Lynn
Dari belakang kiri : Ikhwan, Shafariz,Azymjoe dan Zeiry
Belakang : Zulkifli

Kami lepak di tepi sungai dan menghilangkan penat dahulu sebelum menuju ke Restoren Go' Bang Maju Patin Tempoyak,Temerloh. Restoren ni terletak di sebelah Stesen Minyak Esso, Temerloh. 

Belitders

Untuk pengetahuan, pakej makanan yang di hidangi takla semahal mana dan paling penting rasanya memang terbaik. Anggaran Rm 16.50 utk seorang makan dengan nasi berlaukkan ikan patin,sayur ulaman dan sambal belacan dan juga air laici. Kami di hidangkan dgn 3 jug air ; air laici 2 jug dan air carrot susu 1 jug. 

Nasi berulamkan daun ulam raja dan sambal belacan

Kepala Patin

Badan Patin

Ekor Patin

Pais Talapia (Azymjoe order sbb alegik Patin)


Depan sekali : Zeiry
Kiri : Fifi,Shafariz,Ikhwan
Hujung : Lynn Armani
Kanan : Azymjoe,Aku,Azmy dan Zulkifli
Photographer : Farid

Habis je makan, kami semua bergerak ke Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh untuk mengerjakan solat Zuhur Jamak Qasr Asar. Tepat jam 1430 kami bergerak ke highway dan singgah sebentar ke satu lagi masjid kerana kami terpecah dua oleh kerana jalan menuju ke masjid besar Temerloh berpusing-pusing.

Bergambar dulu sebelum balik

Kami berhenti sebentar di Petronas Karak untuk mengisi minyak dan berehat sebentar. Tepat jam 1500 kami bergerak semula ke rumah masing-masing. Kali ni aku bawak motor slow sedikit sebab aku tak biasa jalan highway Karak.

Petronas Karak

Aku sampai di rumah pada jam 1745. InsyaAllah ride Patin akan kembali semula kerana kami semua dah kena mandrem Patin Temerloh. Jumpa lagi di entry yg lain.

p/s :Kredit to Irman sebab sanggup tunggu aku di highway Karak berikutan aku bawak tak selaju kawan-kawan yang lain. Terima kasih sekali lagi Irman.







Jelajah Bukittinggi,Padang Episod 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aktiviti terakhir kami berada di Bukittinggi,Padang. InsyaAllah akan ke sini lagi nanti. So sapa-sapa nak dapatkan pakej murah,bolehkan contact aku yer. InsyaAllah.

Jom baca episod 1,episod 2 dan episod 3 kepada sesiapa yang belum baca. Semoga menjadi panduan utk korang yg bakal travel ke Bukittinggi nanti yer.Hanya klik pada perkataan "episod 1" , "episod 2" dan "episod 3".

29 Januari 2014

Setelah habis bersarapan, kami terus check out kerana aktiviti last day ni, kami akan ke Pantai Air Manis dan melihat Jambatan Nurbaya.

Dalam perjalanan kami ke airport, kami singgah sebentar utk beli Kue Bika tetapi malangnya kedai tersebut belum bersedia utk jual. Kami teruskan perjalanan dan singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai kerana hari pertama tu tak sempat sebab hari hujan.



Illusi yg tak menjadi

Kak Ngah nak terjun...

Kami teruskan perjalanan ke Pantai Air Manis utk melihat Malin Kundang di sumpah menjadi batu. Kali ni, lawatan ke Pantai Air Manis mmg cepat sbb tak sampai 30 minit je berada di situ.

Malin Kundang bersujud

Aku ngah pegang Malin Kundang

Kami bertiga


Tali tu dah jadi batu

Kami terus bergerak ke airport kerana rasanya kami akan ketinggalan flight tetapi rupanya masih berbaki 2 jam kami di airport. Sebelum ke airport, kami juga melalui Jambatan Nurbaya. Sejarah Siti Nurbaya tidak bagus kerana di katakan beliau mati bunuh diri dengan melompat di atas jambatan tu. Entah betul ke tidak, tu urusan dia ngan Allah.

Kami naik flight pada pukul 1445 dan sampai di LCCT pda pukul 3 lebih petang. Well, jelajah kali ni memang best. Tunggu di entry lain selepas ini.


Jelajah Bukittinggi,Padang Episod 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali semula dgn penjelajahan Bukittinggi utk episod 3. Episod 3 bermakna hari ke tiga kami di Bukittinggi,Padang,Indonesia. Jom baca episod 1 dan episod 2 kepada sesiapa yang belum baca. Semoga menjadi panduan utk korang yg bakal travel ke Bukittinggi nanti yer.Hanya klik pada perkataan "episod 1" dan "episod 2".

28 Januari 2014


Aktiviti bermula seawal jam 0800 waktu Sumatera Barat. Kali ni kami akan ke Lubang Jepun. Kawasan ini adalah peninggalan sejarah di mana kem Jepun di bina di bawah tanah. Lubang Jepun ni mmg terbaik kerana penemuannya adalah selepas Indonesia mendapat kemerdekaan. Nak tau lanjut, korang klik link ini http://id.wikipedia.org/wiki/Lubang_Jepang_Bukittinggi.


Tiket masuk ialah sebanyak Rp 5,000 seorang dan sekiranya nak masuk ke Lubang Jepun, kita perlu hire orang utk membawanya dan bayaran hari tu kami di kenakan sebanyak Rp 100,000.




Ngarai Sianok

Kalau nampak ada tangga tu, tu Great Wall 1000 anak tangga

Map

Ke ruangan Lubang Jepun

Wife di ruangan menyimpan senjata 

Bakal mini teater

Mamat ni bagi penerangan mmg terbaik

Utk mereka yg ada "Saka" di nasihatkan tak payahlah masuk ke sini yer sbb nya kat sini adalah bekas kubur jepun di mana setelah Hiroshima Nagasaki di bom dulu, tentera-tentera Jepun harakiri di dalam lubang ini beramai-ramai. So maknanya mayat mereka bergelimpangan di sepanjang laluan itu.Banyak misteri yg belum di rungkaikan berkaitan lubang jepun ni.Kami di jemput oleh driver kami di pintu keluar so tak perlu utk mendaki semula ke pintu utama.

Destinasi seterusnya ialah ke Istana Basa Pagaruyung. Perjalanan akan mengambil masa 3 jam. Sblm tu, kami di bawa ke butik Hajah Rosmah di mana pembuatan pabrik sulaman tangan di hasilkan. 




Meneruskan perjalanan ke destinasi di tuju. Sebelum sampai ke destinasi dituju, kami di bawa ke tempat penghasilan kopi dan pisang salai di Kiniko,Batu Sangkar.

Kaki Gunung Merapi

Teh Kawa Daun @ Daun Kopi

Di Kinika

Pembuatan pisang salai goreng

Berkabus sekitar Kinika

Di Kinika,Batu Sangkar

Setelah membeli dan melihat-lihat keadaan di Kinika, kami teruskan perjalanan ke Istana Basa Pagaruyung. Sampai di situ, kami terpegun dengan keindahan istana yg senget dan besar. Memang cantik penghasilannya.






Kami juga mengambil dengan gambar dengan pakaian rasmi Istana di Pagaruyung. Kami di beri penerangan tentang istana,keturunan raja dan adat perpatih. 



Untuk mengambil gambar dgn pakaian ni kami di kenakan sebanyak Rp 110,000 sahaja utk bertiga. Setelah habis mengambil gambar, kami ke Restoren Flora di mana restorennya di atas kolam sawah padi. Hidangan adalah hidangan Padang dan restoren ni ibarat tempat wajib berhenti.

Restoren Flora

Menunggu makanan di hidangkan

Habis je makan, kami terus berangkat semula ke Pusat Grosir Aur Kuning utk shopping kali kedua. Setelah habis berbelanja di situ, kami di bawa pula ke butik Yenie Bordir di mana ini adalah butik makcik kepada ejen pelancongan kami iaitu En Aldi.

Makcik tudung kuning tu lah owner dia Yenie Bordir

Limpahan kain 

Kami teruskan aktiviti dgn mengunjungi Jam Gadang utk membeli t-shirt kenang-kenangan. 

Beli telekung @ Jam Gadang




Setelah itu kami di bawa makan malam di Restoren Kubang Hayuda di mana menu wajib rasa ialah Murtabak Mesir. Rasanya mmg superb dan berbaloi. Rasanya unik dan cicahannya sedap. 5 bintang aku bagi utk murtabak mesir ni.
Murtabak Mesir

Mee rebus kot..lupa tah nama dia

Habis makan, kami balik ke hotel dan mengemas utk balik ke Malaysia besok nya. Episod 4 akan menyusul.