Ahad, 12 Disember 2010

New Baby

Assalamualaikum..lama sungguh tak update blog ni..nak kata bz..tak gak..tapi maleh nak meng-update..sebab utama nya..takde aktiviti menarik sejak kebelakangan ni. Kali ni aku amik gambar anak sepupu kat Bandar Sulaiman,Port Klang. Baby ni anak ke dua pasangan Faizul dan Seri. Nama baby tu Airin Farisya dan nama abg sulung dia Riyan.

Dah lama tak amik gambar,gambar suma tak cantik..adeiii..utk tatapan korang yg menyinggah ke blog ni..aku bagilah sedikit sebanyak gambar yg sempat aku amik. Saksikan...

Ni lah ayah dia..Faizul..

Ni lah mama dia..Seri..

Ni anak sulung dia..Riyan..

Ni arina farisya..anak kedua mereka..

Kumpulan Marhaban Dan Berzanji



Selasa, 26 Oktober 2010

Jom Senam



Pagi-pagi lagi pekerja di kawasan pembinaan Impiana Hotel KL ini dah berkumpul.Ingatkan ada apa,rupanya mereka mendengar taklimat dan seterusnya bersenam.

Seingat aku,aku disuruh senam sewaktu aku praktikal di Harta Consult Sdn Bhd anak syarikat
Perbadanan Johor di Komtar,JB kira-kira 9 tahun yang lepas.

Waktu aku keje kat Brother's Engineering dulu kat kilang Jepun, ada gak senam2 ni..Mungkin mereka pekerja-pekerja Sunway Construction ni ikut budaya Jepun kot..Tapi bagusla sekurang-kurangnya dapat meregang otot dan hilangkan rasa mengantuk.Jomlah kita senam gak pagi-pagi sebelum mulakan kerja ya..dan Paling Utama,baca doa agar kerja kita menjadi IBADAT dan diberkati oleh ALLAH SWT.Amin...

Go..Go..Go..

Adik Ipar Bekas Perdana Menteri Britain




LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba - tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Jumaat, 22 Oktober 2010

Islam hancurkan Islam..Nauzubillah...

Gambar dan bacaan lanjut boleh di lihat dari blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/gambar-gambar-islamic-fashion.html




Semalam,ketika membaca salah satu forum di internet,terlihat ada tajuk "Pertunjukkan Fesyen Islam" atau di kenali sebagai Islamic Fashion Show.Acara ni berlangsung di Monaco. Memang ada yang tak kena dengan fesyen ni kerana "seseorang isteri VVIP" yg menggelarkan diri dia "1st Lady" adalah penaungnya dan turut berada di situ.

Sungguh tak sangka,nama anjuran sungguh cantik tapi pakaian yg di pakai oleh model,JAHILIYAH..bukan ISLAMIK..lainlah kalau model-modelnya memakai BUSANA MUSLIMAH,itu lainlah ceritanya.Ni baju yang seksi,mendedahkan dada dan ada juga tulisan nama Nabi Junjungan kita NABI MUHAMMAD dalam jawi yang sengaja di terbalikkan.

Kita disini sibuk menentang kartunis Denmark yang telah melukis wajah Nabi kesayangan kita tapi "penaung IFF(Islamic Fashion Festival)" ini sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam walaupun "penaung" itu Islam.





Selasa, 28 September 2010

Renungan


"Jika ternyata kita harus masuk ke Neraka, maka kebaikan sekecil apa pun yang pernah kita lakukan di dunia akan berguna untuk mengeluarkan kita daripada seksa neraka."

Petikan drp majalah Solusi, kolum Akhir Zaman oleh Us UmarMuhd Nur al-Muhaddis

Jumaat, 24 September 2010

Gambar-gambar raya-episod 2













Gambar yang ini di ambil pada hari raya ketiga dimana kami hendak mengunjungi rumah terbuka Dr Mahathir di kediamannya di Mines Resort,Serdang.







Sambungan episod 1..

juga ada di facebook
http://www.facebook.com/zaini%20bin%20ngatimin#!/?ref=home

Gambar-gambar raya-episode 1









Gambar-gambar di atas sempena aktiviti hari raya Syawal 1431H.

From Home Pizza


Gambar di atas ni adalah percubaan kali pertama hand made pizza yang telah dibuat di rumah setelah pembelian bread maker di Amway.
Cerita menarik dari kawan isteri aku, beliau dah dapat banyak tempahan roti berinti dari pihak kilang suaminya. Sekarang makin ligat dia meniaga roti sambil buat kerja tetapnya. Dapat juga tambah-tambah duit sampingan.
Aku dan isteri insyaAllah akan letak mini pizza di kantin kilang tempat kak long aku berniaga. Minta-minta dpt sambutan juga nanti.InsyaAllah...
Jiran aku sebelah rumah tu begitu berminat nak dapatkan satu dulang pizza aku ni..Tu yang makin bersemangat wife aku buat sekarang ni..
InsyaAllah, tak lama lagi kalau dah pandai buat pelbagai roti,kek dan pizza, aku akan adakan kelas memasak pulak..tunggu..
Okla jupe di entry lain kali..

Go Go Go

Sabtu, 11 September 2010

Aktiviti Raya Pertama





Salam Lebaran utk pembaca-pembaca semua.Minta di maafkan sekiranya ada yang sakit hati kat aku ni.Aku memaafkan korang suma..samada terlibat langsung dalam hidup aku dan secara tak langsung.
Gambar-gambar ini aku ambil sempena aktiviti di hari raya pertama.Kami adik beradik(belah wife) ke Rumah Terbuka PM Pak Ajeb.Memang banyak makanan dan kira oklah..PM 1 Malaysia kan.
Kami berada di sana lebih kurang sejam dua kerana mengejar untuk mengerjakan solat Jumaat pula.Semakin tengahari semakin ramai pengunjung-pengunjung PM ni.Makanan yang disediakan memang menyelerakan tapi aku cuma selera sate kajang dan cendol Klang saja.