Khamis, 25 Mac 2010

Accident @ BTP


24 Mac 2010-Berlaku satu kemalangan yang mengakibatkan 3 anak beranak.Kenderaan itu Proton Saga kereta kebal warna hitam telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok kelapa sawit.Keadaan kereta itu menjadi tirus di hadapannya kerana kesan hentakan yg terlalu kuat.

Ketika aku sampai,terlihat pemandu yg dipercayai mak kepada 2 org anak lelaki itu sedang bergelut dalam kebakaran.Aku terus meletakkan motorsikal dan terus meluru ingin menyelamatkan makcik tersebut.Keadaan sungguh panik kerana enjin kereta berkenaan terbakar.Ku lihat separuh badan makcik itu dijilat api dan makcik itu menjerit-jerit minta di selamatkan.

Tak dpt ku bayangkan kalau makcik tu mati tanpa ada pertolongan org yg ada di tempat kejadian.Aku terus membantu seorang abg yg terkial-kial ingin membuka pintu depan yg remuk.Orang ramai disitu terus menyimbah enjin kereta itu dengan air dan mini fire extinguisher.

Setelah beberapa minit,bomba telah dtg dan ketika itu,pintu depan remuk itu telah kami sentap dengan rantai yg ditarik oleh kereta 4WD kepunyaan PTD Gombak.Alhamdulillah,ketiga-tiga mangsa selamat dan bernyawa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan