Jumaat, 16 April 2010

Bagai solat di Masjidil Haram


SubhanaAllah..SubhanAllah..SubhanAllah..
Aku bagaikan solat di depan Kaabah di Masjidil Haram,Makkah.Hari ini adalah hari bertuah kepada sesiapa yang bersolat di Masjid As-Syakirin,KLCC kerana menerima kedatangan insan istimewa dari Makkah dan Australia.
Yang pertamanya ialah Imam Besar Australia dan juga Imam Masjidil Haram iaitu keturunan ke 25 Imam Hanafi.Imam besar Australia memberikan tazkirah ringkas dan diteruskan dengan pembacaan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 7 suara yang berlainan oleh keturunan Imam Hanafi RAH.
Tersentuh dengan pembacaan yang lunak sehinggakan ingin menitiskan air mata kerana kegembiraan mendengar ayat-ayat Allah dibacakan.
Gambar di atas ialah keturunan ke 25 Imam Hanafi RAH.


Video di atas ini adalah bacaan dari imam keturunan ke 25 Imam Hanafi RAH.
* Maaf kerana tiada gambar lagipun video ini adalah utk pendengaran pembacaan Al-Quran sahaja*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan