Khamis, 5 Mei 2011

Mont Saleve & Shahi Restaurant










Bertemu kembali pada entry kali ni.Semalam, pada 4 Mei 2011 selesai kerja,kami ber 'outing' bersama PM Addax Andrew,Mike,John,Andriani,Ilaria dan kawan-kawan dari AGS ke Mont Saleve,France.Kami bertiga naik kereta Andrew dan yang lain naik kereta John.
Nak ke Mont Saleve ni nampak cam senang,tapi pening sket sbb jalan dia masuk kampung-kampung suma..Walau namanye kampung,tapi bangunan rumah dia mmg superb..ada ciri-ciri era eropah dulu-dulu..jalan dia kalau ikut,mmg ngam2 je kalau berselisih tu..tp pemandu-pemandu sini mmg sopan..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40min nak sampai ke atas..dengan jalan yang bengkang bengkok cam jalan Tapah Cameroon Highlands la..sampai ada member kat dlm kete tu dah sendawa angin je..ada yg nak muntah la..kelakar tul...tp Andrew bawak tu cam rally..aku dok depan sambil borak ngan dia takla terasa sangat..
Sampai atas je,nampak pemandangan Mont Blanc dan terjumpa kawan-kawan dari Addax yang lain.Dorang ni berlima naik basikal setiap hari Rabu..mmg jaga kesihatan tul dorang ni..
Selepas berhenti di check point pertama,kami naik lagi ke check point ke dua iaitu di mana kita leh nampak seluruh Geneva. Sayangnya berkabus kerana humidity dan pollution dari asap-asap kereta dan macam2 lagi.
Habis je ambik gambar suma tu,kitorang terus ke Shahi Restaurant di Gare Cornavin.Kira pusat bandar la ni.Sebenarnya kitaorang dah nampak restoren ni waktu gi Manor,tapi yela sbb takut mahal..tak masukla..ternyata bolehlah makan dan harganya not bad la..tp tolong jangan convert ke RM..kalau ke RM..mmg tak mkn la..hehehehe...Aku amik nasi putih ngan lauk daging masak kari masala..ada yg ambik Kadai Beef dan macam-macam la..Kira-kira makan tu sampai kul 1030pm..paham-paham jela..bila dah kenyang..mata pun dah kuyu..kitoang suma balik naik bas..sbb Andrew balik arah lain..suma arah lain..Okla,korang saksi kan lah gambar-gambar yg aku ambil ni..Salu..