Khamis, 18 April 2013

Jelajah Jakarta Bandung Hari 2

Sambungan dari hari 1

Hari 2
Kami mula jelajah di awal pagi kerana kami akan berangkat ke Tangkuban Parahu. Jam 0730 kami dah naik bas van yg di pandu oleh Hendy. Waktu dulu masa kami ambil dia as supir, dia ni tak byk ckp. Tp skg ni dah byk ckp dan sempat bgtau, kalau nak beli brg cenderahati jgn beli kat Tangkuban ni..sebab harga dorang ni suma nak pancung leher. Masuk je kawasan Tangkuban Parahu ni,kami dah terbau bauan sulfur yg busuk. Yelah baru 3 hari dibuka utk umum. Perkara yg tak di ingini terjadi di mana adik pompuan aku telah di tipu bulat2 oleh penjual yg sentiasa ikut dia. Habis Rp500,000 sbb Irfan anak dia ambil key chain. Kalau aku ada waktu tu, mmg dah lama aku pulangkan. Kesian tengok dorang ni kena ikut je ngan penjual. Kat sini, mmg kena jadi orang yg berhati kering. Jgn mudah cair dgn pujukan dorang. Aku berjaya tak kuarkan duit kat sini sbb dah 3 kali pergi dan dah tau taktik dorang ni.Hehehe....




Setelah menyedut udara sulfur di Tangkuban Parahu, kami bergerak ke Strawberry Park di daerah Lembang ini. Kat sini kita boleh pickself dan nanti kita timbang. Harga utk sekilo ialah Rp70,000. Kami juga di beri air strawberry fresh.




Setelah itu kami makan-makan di Restoren Padang di Kota Bandung. Setelah makan, kami di bawa ke daerah Popok utk beli kain atau telekung di salah sebuah rumah supplier Pasar Baru. Setelah itu, kami ke Cibaduyut di mana di situ tempat penjualan barang-barang kulit. Abah aku telah membeli talipinggang kulit dengan harga Rp150,000. Kira okla tu dan aku pula telah belikan kasut jenama Nike utk adik laki aku dengan harga Rp200,000. Selepas itu kami terus pulang ke Hotel dan makan malam hanya di Festival Citylink Food Court.