Isnin, 27 Mei 2013

Siapakah SUPERMAN???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, di bawah ini aku ada tampalkan sedikit renungan buat kita semua tentang betapa "Power" nya Rasul kita Nabi Muhammad SAW...malah kita patut berbangga kerana Nabi kita ni bukan setakat bijak tetapi beliau adalah SUPERMAN. Bacalah renungan di bawah dari Ustaz Asraff Kaedah Hafaz Quran Jibril...



Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan yg dihormati,

Sy ingin berkongsi satu mutiara hikmah yg diperolehi
ketika musim haji tahun 2005 lepas.

Kesedaran bahawa bukan calang-calang orangnya Rasulullah
s.a.w. ------------>

Musim haji 2005, ketika menaiki bas dari Madinah ke Mekah,
saya diajar Tuhan sebutir hikmah. Dengan jarak lebih dari
450 kilometer, bahang panas padang pasir & ancaman ribut
pasir yang menggila membuatkan saya terfikir 'hanya orang
yang betul2 luarbiasa 'tough' fizikal & mental mampu
berjalan sejauh ini'.

Ya benar tuan-puan, saya yg menaiki bas full aircond pun r
asa pening2 lalat. Inikan pula berjalan kaki!

Tahukah kita bahawa itulah cabaran yang diharungi
Rasulullah ketika hijrah? Demi satu perjuangan suci?
Misi utk selamatkan kita semua agar masuk syurga?

MasyaAllah Tabarakallah! Pasti fikiran Rasul telah betul
'tune'nya sehingga fizikalnya sekuat superman : manusia
hebat berprestasi luarbiasa.

Sy terfikir 'malu saya kerana selama ini berangan nak masuk
syurga tetapi tindakan, amal ibadah & sumbangan kpd ummah
amat ciput, biasa-biasa & ala kadar sahaja.

Tuan-puan, dari peristiwa ini, sy sedar there must be
something wrong dlm minda sy yg menyebabkan ramai antara
kita sukakan hidup biasa-biasa.

Kita perlu 'fine tune' minda agar sedar semula yg asal kita
ni luarbiasa. Diberi Allah jawatan khalifah utnuk
berprestasi luarbiasa.

Barulah layak masuk ke syurgaNya yg luarbiasa bestnya.