Jumaat, 18 Jun 2010

Mari Belajar buat roti dan kek

Nak buat chocolate moist..

Ni lah hasil wholebread..

Penyediaan awal wholebread..

Timbang dulu,baru dapat exactly hasilnya yang baik

cikgu Lia sedang mengajar..

Baru sampai nih..

Kusyuk mendengar mukadimmah..

Bahan-bahan wholebread

Ceria sebab akan dapat ilmu baru..

Gambar-gambar ini sebenarnya dah lama,iaitu sebelum aku ke Jakarta.Wife aku ni ada cadangan baik sebab dia nak belajar buat roti ni sebab,katanya nak berenti awal so kalau ada kemahiran seperti buat roti ni,adalah backup utk hari tua.

Kelas buat roti ni di buat di rumah Cikgu Lia atau kami kenali dia dengan panggilan Kak Lia.Dia memang baik orangnya dan suka menolong.Harga kelas ni tak lah terlalu mahal,cuma RM15 je kalau tak silap.Suaminya Shamsul Affendi atau aku panggil Fendi ni pun ramah orangnya.Kami sempat berkenal-kenalan selepas abis kelas tersebut.

Hari tu kami di ajar buat roti wholebread dengan machine yg pintar.Mana tak pintar nya,masukkan bahan-bahan roti yang dah tersenarai kemudian,masukkan ke dalam machine bread maker tu,dia akan uli sampai empok dan terus di bakar.

Kemudian kami di ajar bagaimana nak buat roti yang kebanyakkan di kedai-kedai roti.Ada roti pizza,roti croisant,chocolate moist dan macam-macam lagi.Dia juga tunjukkan demo bagaimana ada satu periuk ni mmg menakjubkan.Sebab apa aku cakap camtu,dia masak bubur kacang hijau hanya makan masa 6 minit sahaja.Lembut dan sedap..

Yelah sekarang kan zaman nak cepat,so masak pun kena cepat.Cara penyediaan nya pun senang dengan menggunakan kedua-dua material masakan ni.Kepada sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut,korang boleh hubungi aku.Cara hubungi aku boleh melalui emel zainitar@gmail.com atau call direct 012-7617043. Tanya tak perlukan duit kawan-kawan.

So aku rasa,aku stop disini dulu.Ada masa lagi akan aku post apa-apa yang boleh mendatangkan keuntungan pada pembaca sekalian.Terima kasih kerana membaca blog aku ni yer.Kalau boleh,tambahkan aku menjadi network korang semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan