Ahad, 27 Jun 2010

Travel Alone @ Taman Putra Perdana,Putrajaya













Hari ni aku hantar wife aku ke Puncak Jalil sebab dia masuk kelas menjahit asas baju kurung.Alhamdulillah menjadi dan lepas-lepas ni,dia akan buat baju dia sendiri la gamaknya.Save bajet dia..cuma beli kain je la.
Aku bukan nak cerita yang itu sebenarnya,aku nak cerita apa aktiviti aku selepas aku menghantar wife aku ke kelas tu.Aku turunkan dia depan rumah cikgu dia tu jam 950am lebih kurang,kemudian terus aku blah cari kedai makan sebab dah lapar.Perut dah kenyang baru leh cari port mana yang best-best.
Lepas makan sarapan kat kedai berhampiran rumah cikgu wife aku tu,aku pun berangkat ke Taman Putra Perdana,Putrajaya.Lokasi dia ni kat atas bukit bersebelahan dengan Hotel ShangriLa dan Istana Singgah Melawati,Putrajaya.Masih tak tau di mana arahnya..sila kan tanya ATOK GOOGLEMAP ye.Hehehehe..
Dengan berbekalkan suratkhabar Harian Metro,aku pun lepak2 kat kawasan taman tu.Ingatkan lepas baca paper tu nak lelapkan mata sambil tunggu waktu berlalu,tapi tokle tido sebab ada cleaner taman tu sibuk membersihkan daun-daun kering dengan mesin angin dia tu.Bengang tul..
Habis je aku baca paper,mata dok melilau dan termenung nak wat aktiviti apa lagi.Then,aku nampak pasangan kekasih ke suami istri ke bawak kamera DSLR mereka menuju ke taman.Aku plak terlupa nak bawak kamera aku tu,yelah ingatkan nak jalan-jalan kosong je.
Aku terus dapat idea,berjalan-jalan sambil amik gambar guna Handphone Motorola V3x aku ni.So inilah hasil dari kamera phone aku tu..Silalah komen ye..
Okla lenkali aku masuk lagi untuk wat pertambahan entri..jumpa lagi..

Go..Go..Go..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan