Jumaat, 30 April 2010

I-City





I-City,terletak di seksyen 7 Shah Alam,taman yang penuh lampu warna warni.Meriah sungguh melihat lampu-lampu yg menyinari bumi.Nak masuk ke kawasan tu,mesti sangkut ngan jem kerana ramai orang nak menikmati limpahan cahaya lampu yang berwarna warni.

Isnin, 26 April 2010

Birthday Mastura @ Meru 24 April 2010

Gambar atas : Kek dari Imperial Sheraton,KL(Kredit to Emi-adik bongsu yg kerja di Imperial Sheraton KL)

Gambar atas : Mastura (birthday girl) sedang memberi ole-ole kepada kawan-kawannya.
Gambar atas : Adam Riezman(anak ke tiga kak long)
Gambar atas : Ammar Hazim (anak bongsu kak long)
Gambar: Shasya(anak sulung kak long)

Pada sabtu lepas bersamaan 24 April 2010, keluarga kak long telah membuat majlis menyambut hari lahir anak kedua mereka mastura.Ini adalah situasi majlis berkenaan.

J.O.M Bersama Ijam,Abg Ikram & CD

Gambar atas ni aku ambil dari blog ijam.


Gambar di atas ini adalah praktis dimana memasukkan elemen garisan.Tapi tak taulah betul atau tak aku amik gambar ni.Patutnya ada kalau subjek baru nampak lagi cantik.

Gambar atas ni adalah Ijam.Seorang yang sempoi dan best la.Mmg dah boleh tahap otai dah ni.
Hakim Hadi dari Pulau Pinang datang ke KL semata-mata nak join J.O.M (Jom Outing Malaysia).
Model praktis elemen garisan.
Gambar-gambar ini adalah dari perjumpaan aku dengan kawan-kawan pembaca blog ijam(www.noorizamsabran.com). Seronok dapat berkenalan dengan semua dan lebih-lebih lagi dengan photographer abg Ikram dan pembantunya Rashidi@CD. Kalau ada J.O.M lagi,insyaAllah aku nak join.

Jumaat, 23 April 2010

Selamat Hari Jumaat




Hari ni aku solat kat Bangunan Tabung Haji.Jumpa kawan-kawan dari Hess kemudian makanlah kat bawah pokok pinang tu.
Sedang aku menunggu asri dan iqbal,aku menjamah la sedikit nasi bukhara bersama lauk hati lembu dan kacang panjang goreng hati ayam.Setelah mereka sampai,dan ketika aku hendak menyuap nasi,tetiba pohon kering pokok pinang tu jatuh dan terus mengena bungkusan aku dan nyaris mengena kepala aku.SubhanAllah...Allah masih sayang pada ku.Kalau tak arini,semestinya aku di bawa ke hospital takpun pening-pening lalat.
Gambar yang aku tampal di blog ini adalah dimana tempat aku duduk dan kelihatan pelepah pokok pinang betul-betul berada di hadapan aku.Lihat gambar yang aku bulatkan.Tu lah kedudukan aku tadi.
SubhanAllah...


Jumaat, 16 April 2010

Bagai solat di Masjidil Haram


SubhanaAllah..SubhanAllah..SubhanAllah..
Aku bagaikan solat di depan Kaabah di Masjidil Haram,Makkah.Hari ini adalah hari bertuah kepada sesiapa yang bersolat di Masjid As-Syakirin,KLCC kerana menerima kedatangan insan istimewa dari Makkah dan Australia.
Yang pertamanya ialah Imam Besar Australia dan juga Imam Masjidil Haram iaitu keturunan ke 25 Imam Hanafi.Imam besar Australia memberikan tazkirah ringkas dan diteruskan dengan pembacaan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 7 suara yang berlainan oleh keturunan Imam Hanafi RAH.
Tersentuh dengan pembacaan yang lunak sehinggakan ingin menitiskan air mata kerana kegembiraan mendengar ayat-ayat Allah dibacakan.
Gambar di atas ialah keturunan ke 25 Imam Hanafi RAH.


Video di atas ini adalah bacaan dari imam keturunan ke 25 Imam Hanafi RAH.
* Maaf kerana tiada gambar lagipun video ini adalah utk pendengaran pembacaan Al-Quran sahaja*

Anak di alam kehijauan


Gambar atas dan bawah ni anak kepada penjaga rumah abah kat kebun kota tinggi.Nama dia kitorang panggil An.Tengok sekali baik je,bila dapat kawan dengan si Qimi tu,bergaduh sampai mak ngan wife aku nak rehat tido lelapkan mata pun tokle.


Aku harap anak ni dapat menolong mak dan abahnya bila besar nanti.Ilmu tu penting utk mengeluarkan kita dari kepompong kemiskinan.

Rabu, 14 April 2010

Radix Fried Chicken @ Kluang












Gambar-gambar ini aku snap dari RFC,Kluang pada 4 April 2010 setelah bercuti di rumah mak abah di Felda Nitar 1.Sebelum balik tu kami mencari kedudukan RFC kerana pada hari sebelumnya kami dah mencari tetapi tidak jumpa.Niat nak belanja mak dan abah makan ayam HPA ni tapi tak jumpa.So InsyaAllah bila balik Nitar nanti,singgah sekejap dan beli utk dorang.

Selasa, 13 April 2010

Ulangtahun Perkahwinan Ke 2(Di ambil dari friendster blog tahun lepas)

Alhamdulillah,aku dan wife menyambut ulangtahun perkahwinan kami kali ke 2.Kami tak buat secara besaran cukuplah bagi kami mengingati tarikh itu.Tarikh tu aku dah isytihar pada seluruh Malaysia bahawa semua kena cuti.Tarikh tu adalah pada 31 Ogos.Aku cuma berkesempatan membeli kek utk raikan hari sejarah tu.Aku dan isteri berdoa agar alam perkahwinan kami akan terus berpanjangan dan diberikan rezki berupa anak dalam masa terdekat.InsyaAllah…

Isnin, 12 April 2010

Snap @ Kebun Episode 1





Gambar-gambar ini aku snap dari kebun abah aku di Kota Tinggi.Gambar atas tu adalah bunga serai.

Sabtu, 10 April 2010