Khamis, 3 Oktober 2013

Jelajah Dieng Wonosobo Episod 2

Bertemu semula di episod 2 jelajah Dieng Wonosobo.

Pada pukul 330am, kami semua sudah bangun tidur dan bersiap berangkat ke Bukit Sikunir dengan perjalanan mengambil masa 30 minit dari homestay. Setelah solat subuh pukul 410am, kami semua berangkat dan sampai di Bukit Sikunir lebih kurang pukul 500am.



Walaupun 800meter je tapi perjalanannya mmg mencabar. Ini kerana jalannya mendaki hampir 90 darjah tingginya. Perjalanan ke puncak lebih kurang 20 minit. Nasib baik aku ada stamina sket utk teruskan mendaki dan akhirnya aku sampai ke puncak dan dapat menyaksikan keindahan Allah iaitu matahari terbit dengan warna kuning oren dan berada di atas awan.








Aku juga mengambil gambar pemandangan ke arah desa tertinggi jawa tengah.




Setelah menyaksikan matahari terbit, kami di bawa ke kompleks candi di kawasan sekitar situ.








Kami seramai 24 orang bersarapan di kompleks candi itu dan setelah itu kami di bawa menonton filem pendek mengenai Dieng di Dieng Plateu Theater bagi mendapat lebih banyak info. Setelah itu, kami berangkat ke homestay dan berkemas utk pulang ke Jakarta.

Pukul 1530 kami berangkat ke Terminal Wonosobo dan menaiki bas ekspress yang sama iaitu Malino Putra ke Jakarta. Alhamdulillah sampai di terminal Pulo Gadong,Jakarta pada pukul 400am. 

Sekadar itu perjalanan aku dan team backpacker murah ke Dieng kali ni. InsyaAllah ada masa, aku akan ikut lagi bersama team BM'ers lagi.

Kali ni, bajet aku ke Jakarta dan ke Dieng cuma habis sekitar RM 450 sahaja. InsyaAllah berjumpa lagi di entry yg lain.





Jelajah Dieng Wonosobo Episod 1

Assalamualaikum,

Sudah lama benar aku tak update blog aku ni. Baru-baru ni aku ada aktiviti jelajah ke Jawa Tengah. Kali ni team Backpacker Murah Jakarta telah pergi ke Dieng,Wonosobo,Jawa Tengah.

Suhu di Dieng lebih kurang 10-18 darjah celcius dan boleh drop sampai 1-5 darjah celcius waktu pagi dan awal pagi. 

27 Sept 2013 - Check in Tiger Airways ( 1020am)
                      - Jumpa dengan Safuan kebetulan dia nak gi Thailand
                      - Boarding jam 1105am
                      - Sampai di Terminal 3, Bandara Jakarta pukul 1230pm
                      - Naik bas Damri ke Stesen Lebak Bulus dengan harga tiket Rp 30,000



                  - Sampai di stesen Lebak Bulus (3pm), solat di masjid berhampiran..solat Asar dan Zohor jamak.
               
(Cakong-tempat mengambil penumpang last)
                 
                - Bertolak dari Lebak Bulus dengan menggunakan bas ekspress Malino Jaya.Tiket ke Wonosobo                   berjumlah Rp140,000 (pergi balik) dengan voucher makan malam di restoren terpilih.Perjalanan                   mengambil masa hampir 12 jam ke Wonosobo.
                - Pada pukul 2200, bas kami berhenti di Indramayu Restoren (RnR) gitu utk makan malam.
                - Pada pukul 2310, bas kami berenti lagi kerana kabel aircond bas putus dan kami terpaksa                            kepanasan dalam bas sampai ke Wonosobo. Nasib baik udara ke arah Wonosobo makin lama                    makin sejuk...bukak penutup kat atas bumbung bas tu..so ada angin sket la..

28 Sept 2013 - Sampai di Wonosobo terminal bas pukul 500am dan solat subuh dan bersihkan diri.
                        

Seterusnya kami di jemput dengan 2 bas mini menuju ke Homestay Hotel Asri Jalan Telaga Warna Dieng.

                      







Sampai di Hotel Asri Homestay lebih kurang pukul 900am. Suhu di situ membuatkan aku teringat sewaktu ke Geneve Switzerland dulu kerana suhunya membuat nafas kita menjadi wap dan seperti mengeluarkan asap rokok.

Setelah meletakkan barang-barang di dalam bilik, jelajah bermula dengan mengunjungi Kawah Sileri. Sebuah kawah yg masih aktif dengan geothermal volcano.







Perjalanan bersambung ke Kawah Candramurti kalau tak salah. Kami berjalan kaki menuju ke situ dgn jarak lebih kurang 2km. Nasib baik ada stamina.




Berikut adalah video yg di ambil di Kawah candramurti(kalau tak salahla nama dia).

video

video

Seterusnya kami berehat di danau besar. Lupa nama nya apa tapi saksikanlah kecantikan Allah utk kita berfikir dan mensyukuri nikmatNya.





Kemudian kami semua pulang ke homestay dan berehat. Setelah siap solat Zohor Asar jamak, kami berangkat semula ke Telaga Warna,Dieng. Harga tiket masuk ke situ Rp 6000 utk dewasa. Kami mengambil gambar sekitar sampai ke atas puncak utk melihat kecantikkan Telaga Warna dengan lebih luas lagi.







Kemudian kami jelajah kawasan sekitar sampailah ke gua-gua yang di buat utk bertapa. 



Cukup la aktiviti pada hari itu. Badan dah penat dan mula nak cari katil.Berjumpa semula di episod ke dua iaitu mengejar matahari terbit di Bukit Sikunir.

Bersambung di Episod 2