Isnin, 23 Disember 2013

Short Trip Kuala Terengganu, Terengganu (Part 2)

Berjumpa kembali di part 2, sapa-sapa yg belum baca part 1 silakan klik pautan ini http://zainitar.blogspot.com/2013/12/short-trip-kuala-terengganu-terengganu.html

22 Disember 2013

Kami mulakan dengan berkunjung ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Alhamdulillah cuaca yang cantik, kami dapat nikmati keindahan laut China Selatan di situ. Dari hotel ke Pantai Batu Buruk hanyalah memakan 10 minit sahaja. 




Setelah melihat keindahan alam, kami ke destinasi terakhir iaitu Pasar Payang. Well, tempat wajib perlu di lawati di Kuala Terengganu ni adalah Pasar Payang. Kami menghabiskan masa 2 jam di situ.

Gambar dari awesome-terengganu.blogspot.com

Habis bershopping, kami terus ke Hotel Seri Malaysia untuk check out dan short trip ke Kuala Terengganu dengan rasminya berakhir.

InsyaAllah akan bertemu semula pada entry akan datang. InsyaAllah. 



Short Trip Kuala Terengganu, Terengganu (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni entry aku berkenaan short trip ke Kuala Terengganu, Terengganu. Kali ni aku pergi bersama 2 keluarga besar iaitu keluarga aku dari Nitar dan mak bapak mertua dari Meru.

21 Disember 2013
Bermula jam 510am, kami bertolak dari rumah Dengkil menuju ke Kuala Terengganu. Cuaca sepanjang perjalanan baik. Kami singgah sebentar di BHP Karak untuk solat Subuh sebentar. 


Muka Irfan (anak buah ) di BHP Karak

Perjalanan mengambil masa lbh kurang 6 jam melalui lebuhraya Karak sehingga lah ke Kuala Terengganu. Tol yg kami bayar di Tol Gombak UIA RM 5.00, Tol Bentong RM 3.00 dan Tol Jabor RM 21.00, manakala tol Kuala Terengganu masih free sbb dalam pembinaan lagi.

Kami berhenti dan makan pagi di RnR Temerloh. Setelah itu, meneruskan perjalanan ke KT. Setibanya di Tol Jabor, kami melalui jalan dalam sebab Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Jabor ke Kuala Terengganu masih belum siap sepenuhnya dan terpaksa mengambil jalan dalam. Keadaan jalan dalam yg rosak akibat banjir dan banyak lubang-lubang di atas jalan ber tar.

Destinasi pertama

Masjid Kristal Kuala Terengganu
- Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
- Dibina sekitar tahun 2006
- Di dalam kawasan Taman Tamadun Islam

Kami mengelilingi masjid yang besarnya hanya boleh memuatkan seramai 700 jemaah pada sesuatu masa. Kawasan sekitarnya terdapat kedai souvenir dan dewan kursus. Apa yang mengecewakan aku ketika aku masuk ke dalam ruangan solat, terdapat beberapa baldi di letakkan di sekitar tempat saf pertama atau kedua. Ini adalah kerana terdapat beberapa kebocoran di dalam masjid itu. Aku sempat membeli Fridge magnet Masjid Kristal untuk di buat kenangan.







Mak dan bapa mertua 

Irfan bersama mama dia (Angah)

Destinasi kedua
Gambar dari www.tti.com.my


Taman Tamadun Islam
- Terdapat beberapa buah masjid agung dunia dan binaan Islam di dalamnya antaranya Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Aqsa dan Taj Mahal.
- Bayaran masuk untuk dewasa RM 20

Kali ni wife,bapak dan mak mertua aku tak masuk so aku masuk bersama family aku. Melihat replika-replika binaan dan masjid seluruh dunia. Sayangnya, tempat ini seperti hidup segan mati tak mau dengan kecacatan dari segi landskapnya. So, agak mengecewakan la juga sebenarnya tapi secara totalnya, bagi aku ok-ok saja.Apa yang penting, kami enjoy dan dapat melihat masjid agung Islam dan binaan agung Islam.

Masjid Sultan, Kota Singapura


Taj Mahal, India

Setelah habis kawasan kami lawati, kami makan di B'Beteng Restaurant di Taman Tamadun Islam (TTI). Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.tti.com.my/.Setelah perut kenyang, kami terus ke Hotel Seri Malaysia,Kuala Terengganu.


Setelah kami check in, kami berehat sebentar untuk mengumpulkan tenaga semula. Jam 5 petang kami akan ke destinasi ke tiga iaitu ke warong yg masuk Jalan-Jalan Cari Makan. 

Destinasi ke tiga

Warong Pok Nong.
- Warong ini menjual seefood celup tepung dan orang luar lebih mengenali nya dengan warong ICT (Ikan Celup Tepung)
- Warong ini terletak di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Sampai di sana, kami melihat begitu ramai orang. Meja makan pun penuh. 

Map waze yang aku set ke Chalet Anees.Sebenarnya depan sikit lagi warong tu.


Pemandangan di warong Pok Nong


Pantai Batu Rakit

Well, harga untuk makan ICT ni..berbaloi sebab seafood nya fresh lagi..dan di goreng panas dan rangup. Warong ini dibuka dari jam 3pm sampai 8pm jer..tapi kalau orang masih ramai jam 8pm tu..bukakla warong tu..


Yang tak bestnya plak, warong ni membuatkan pelanggan-pelanggannya berebut ketika nak ambil makanan, ibarat orang kebulur. Bukankah lebih baik kalau di adakan pakej yang tak memerlukan skill berebut. Bab tu yg aku tak gemar. Apa guna duit dah banyak tapi takde enhancement dari segi management. Tu pendapat aku lah. Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku ke situ. Sorry guys, kalau pendapat aku ni korang tak suka.

Kami balik ke hotel semula jam 8pm dan berehat di bilik. Famili aku pula, teruskan melepak di Pulau Warisan tempat di mana banyak lampu LED. Aku dan isteri pula, berjalan kaki dari Gate Kampung Cina ke Waterfront Terengganu.

Turtle Alley @ Kampung Cina KT

My wife @ Turtle Alley

Gate Kampung Cina Kuala Terengganu

Kuala Terengganu Waterfront

Habislah aktiviti hari pertama kami di Kuala Terengganu. Esok kami akan pulang dan meneruskan aktiviti terakhir. Tunggu ceritanya di part 2.














Isnin, 9 Disember 2013

Guangzhou November 2013 Part 4 - The End

Berjumpa kembali di Part 4, sapa-sapa yg belum baca part 1, part 2 dan part 3; sila klik PART 1, PART 2 dan PART 3.

27/11/2013 - Hari terakhir berada di Guangzhou, aku,isteri dan akak ipar aku ke Nanfang Plaza semula kerana ada beberapa barang lagi perlu di beli. Kali ini, team Syam,Non dan Ayu tidak ikut kerana kehabisan bajet katanya.

Setelah habis berbelanja di Nanfang Plaza, kami bertiga kembali semula ke OneLink Plaza utk meronda buat kali terakhir dengan membeli apa-apa yg patut. Kami bertiga cuma menaiki teksi. Teksi dari hotel di Bei Jing Lu ke Xidi Ma Lu (Nanfang Plaza) tu kami di kenakan bayaran sbanyak Yuan 12 sahaja. Begitu juga dari Nanfang Plaza ke OneLink Plaza.


Video di atas ni adalah keadaan di hadapan OneLink Plaza setelah pulang dari Nanfang Plaza.

Setelah habis meronda di OneLink Plaza, kami kembali ke bilik hotel dan mengemas sebelum pergi makan di restoren Halal di Bei Jing Lu. Restoren ini berdepan dengan sekolah primary rasanya. 




Lokasi restoren Halal Bei Jing Lu ni, kalau lihat gambar kedua di atas, bila nampak bangunan tu,belok ke kanan dan restorennya di hujung..aku percaya korang akan nampak logo HALAL di situ. Tengokla hidangan yg kami makan tu dengan portion yg banyak. Kami bertiga makan cuma di kenakan Yuan 99 shaja. Hidangan tu termasuk dumpling,sup daging,2 nasi goreng,1 nasi puth,air soya dan pepsi. 

Habis je makan-makan, kami pun mencari beg baru sbb barang-barang dah bertambah. Maka kami cari beg di area situ je. 
video

Jam 1630, kami semua berangkat ke Bai Yun Airport. Kami menaiki teksi dengan tambang sebanyak Yuan 120 sahaja.Tambang ni dah termasuk dengan tol tau. Sampai di Bai Yun Airport, kami beratur dan ada peristiwa lucu di sana.

Acara membongkar powerbank setelah beg di wrap ( harga wrapping Yuan 50)

Amaran ketika di kaunter:
1) Keluarkan kesemua powerbank dan benda yang mengandungi bateri.Powerbank mmg strict tapi kalau speaker satu dua biji..buat bodoh je letak dlm baggage tu.
2) Lighter jgn di simpan dalam baggage. Kali ni lighter Kak Ngah terlepas sbb letak bawah baju sorok2..so maybe imigresen dah malas nak cek.
3) Barang-barang yg panjang cam dalam kotak konfom kena cek sekali lagi di kaunter lebihan standard.

Ketika di imigresen China, kami di check details. Ada yg kena bukak kasut ngan jaket. Tali pinggang tak perlu bukak.

Habislah kisah kami berenam di GZ. InsyaAllah aku akan berkelana sorang-sorang pasni bulan Jun 2014.Kami sampai di LCCT pada pukul 0230. Sekian utk tatapan semua. 

Secara keseluruhan, bajet sebanyak RM2000 habis di belanjakan di GZ siap makan,teksi dan belanja diri sendiri.

Berjumpa kembali nanti di entry yang lain. 



Guangzhou November 2013 Part 3

Berjumpa kembali di part 3, sapa-sapa yg belum baca part 1 dan part 2 sila klik PART 1 dan PART 2.

26/11/2013 - Dengan menaiki van Han, kami ke area plaza jam tangan terbaik dunia. 




Sampai di sana kami jelajah ke seluruh pelusuk plaza. Disini terlalu banyak kedai jam. Kami beli beberapa jam je sbb bajet dah makin berkurangan. Kemudian kami berjalan kaki ke Bai Ma cloth. Bai Ma ni satu hal,ingatkan ada yg boleh di beli,tapi baju nya terlalu up to date..so aku mmg tak beli la..baik beli kat Malaysia je..tapi apa-apapun kami sampai juga di Bai Ma Cloth.Gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Kowloon Watch Center ke Bai Ma Cloth.


Mee tarik Chinese Muslim 

Bai Ma Cloth terletak di Zhanqian Lu dan hampir dengan Guangzhou Railway Station. Rujuk peta di bawah.


Melihatkan tiada apa2 yg ingin di beli di Bai Ma Cloth, kami terus berangkat ke Zhongda Fabric Market dengan menaiki van sapu. Kami di kenakan bayaran sebanyak Yuan 100 sehala. Di sini cadangannya ingin mencari cadar dan kain sutera cina tapi kami tidak jumpa walaupun mall ni besar gila..mungkin lain kali kami akan mencari secara lebih detail.


 Gambar di ambil dari web lain

Gambar di ambil dari web lain

Di sini kami berenam berpisah kepada 2 kumpulan kerana aku,isteri dan kak ipar aku akan ke tempat lain dan satu lagi kumpulan terdiri dari Ayu, Syam dan Non akan pulang ke hotel terlebih dahulu.

Aku bersama istri dan kak ipar aku terus mengambil van sapu dgn bayaran Yuan 100 ke Motorcycle Market,Zengcha Road. Ini alamat dia Zhencha dong lu,luochongwei ,Guangzhou. 增槎路松南摩配市场.


Aku beli barang-barang aksesori motor dan habis seribu lebih yuan. Kalau kat sini..mau nya tak beli sbb harga nya mahal..


Keluar dari sini tengok2 dah gelap..terus tahan teksi..ermmm..teksi tanak ambil pun sbb time balik kerja..sana sini jalan jem..lagi-lagi menuju ke Beijing Lu..nasib baik ada van sapu ambil dgn byrn Yuan 100..mmg jauh tempat ni..tapi berbaloi...

Sampai di hotel, aku dapat tau grup Syam Non Ayu dah berjalan-jalan ke Bei Jing Lu beli souvenir cam Fridge Magnet dan baju GZ. Kami bertemu di pertengahan jalan sbb Kak Ngah nak beli kasut Nike. Kemudian kami menuju ke Bei Jing Lu utk beli souvinier yg sama. Grup Ayu Syam dan Non pula dah bersiap ke Pearl River.

Habis je shopping souvenir, kami pun berangkat terus ke Pearl River untuk menikmati nightlife terakhir di sana. Kami beli tiket utk bertiga dan dapat naik bot terakhir hari itu.




Habislah aktiviti hari ke 3. Tunggu hari terakhir kami di part 4.










Guangzhou November 2013 Part 2

Berjumpa kembali di part 2, sapa-sapa yg belum baca part 1 silakan klik pautan ini http://zainitar.blogspot.com/2013/12/guangzhou-november-2013-part-1.html

25/11/2013 - Hari kedua ini di mulakan dengan jelajah shopping ke NanFang Building International Electronic dengan menaiki teksi sapu. Nama driver teksi sapu ni ialah Han. Boleh berbahasa Inggeris yg terlalu lite. Pagi tu Han amik byrn sebanyak Yuan 50 sahaja. So oklah sbb kami berenam. Sampai di sana kedai pun belum bukak lagi..Yelah sampai lebh kurang jam 0930..so kami lepak-lepak dan menahan kesejukan di luar plaza tu.

Han (driver van sapu)



Kami berada di situ hampir 4 jam. Banyak barang-barang elektronik yg di beli. Harganya? Apa kata korang pergi sana dulu baru komen harga yer...Hehehe...

video


Setelah bershopping sakan di Nanfang Plaza, kami makan tengahari di Abdullah Qinghai Restaurant di No.71, Sanyuanli Dadao, Baiyun District (白云区三元里大道71号). Memang nampak mewah dan kelas di sini. Harga kami makan berenam sebanyak Yuan 300 ++ tapi portion dia mmg gempak gila dan banyak.

Setelah itu kami bertolak ke Bai Yun World Leather untuk beli handbag kulit dan berkualiti terbaik dunia. Sampai di sana dah jam 1630, dan terus kami mencari-cari handbag utk kaum wanita ni. Maklumlah aku sorang je lelaki..yg lain perempuan.




Setelah habis meronda di plaza ni, kami pun balik ke hotel. Mula-mula nak naik teksi, tapi mmg susah gila nak dptkan teksi bila dah maghrib kat kawasan ni. Maklumlah orang baru mula nak balik keje so teksi-teksi mmg malas nak masuk area Bei Jing Lu. So terpaksalah kami naik van sapu dgn byrn Yuan 80.

Setelah melepaskan penat di hotel, kami turun semula utk lepak-lepak dan ambil gambar menarik di sepanjang kawasan Bei Jing Lu.







Lepak-lepak makan popcorn sambil di nyamani dengan angin sejuk mmg terbaikla. Habislah aktiviti pada hari kedua.

Bersambung Part 3