Ahad, 28 Mac 2010

Makan Western Food @ H.R Steak House,KL





27hb Mac 2010- Setelah penat mengunjungi Pesta Buku KL kami makan-makan di H.R Steak House di Kampung Baru,KL.Mmg sedap makanan dia.Aku cuma amik Sirlion steak dan wife aku amik Chicken Chop Cordon Bleu saje.Air dia mmg sedap dan murah.Mmg nak kena datang lagi pasni...



Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC








27 Mac 2010-Sekali lagi kami menjenguk dan membeli belah buku-buku di Pesta Buku Antarabangsa.Memang meriah kerana banyak rombongan pelajar-pelajar sekolah dan tak kurang juga dari orang perseorang membawa anak-anak mengunjungi pesta buku ini.

Khamis, 25 Mac 2010

Accident @ BTP


24 Mac 2010-Berlaku satu kemalangan yang mengakibatkan 3 anak beranak.Kenderaan itu Proton Saga kereta kebal warna hitam telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok kelapa sawit.Keadaan kereta itu menjadi tirus di hadapannya kerana kesan hentakan yg terlalu kuat.

Ketika aku sampai,terlihat pemandu yg dipercayai mak kepada 2 org anak lelaki itu sedang bergelut dalam kebakaran.Aku terus meletakkan motorsikal dan terus meluru ingin menyelamatkan makcik tersebut.Keadaan sungguh panik kerana enjin kereta berkenaan terbakar.Ku lihat separuh badan makcik itu dijilat api dan makcik itu menjerit-jerit minta di selamatkan.

Tak dpt ku bayangkan kalau makcik tu mati tanpa ada pertolongan org yg ada di tempat kejadian.Aku terus membantu seorang abg yg terkial-kial ingin membuka pintu depan yg remuk.Orang ramai disitu terus menyimbah enjin kereta itu dengan air dan mini fire extinguisher.

Setelah beberapa minit,bomba telah dtg dan ketika itu,pintu depan remuk itu telah kami sentap dengan rantai yg ditarik oleh kereta 4WD kepunyaan PTD Gombak.Alhamdulillah,ketiga-tiga mangsa selamat dan bernyawa lagi.


23hb Mac 2010








Setelah 7 tahun aku di ORSB,inilah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal pada kesemua kawan-kawan di TTC,Bangi dan juga di HQ Shah Alam.Sesungguhnya bekerja dengan kawan-kawan semua telah mematangkan kehidupan dan pekerjaanku.

Terima kasih juga pada "Org Yang Terlalu Sempurna" kerana menghantar emel balasan yang tidak profesional.Aku mendoakan agar beliau mendapatkan hidayah dari Allah bahawa di dunia ini adalah sementara dan tiada org yg sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW.

Semoga kalian semua mendapat rahmat dariNya.Semoga kita boleh bekerjasama bersama di waktu lain.




Ahad, 21 Mac 2010

Snap-snap @ apartment Perdana Park


Boring-boring kat rumah arini.Pastu tengok cuaca macam gelap nak hujan.Capai kamera Canon aku dan snap beberapa gambar utk blog aku ni.Nilah keadaan di sekitar kawasan Bandar Tasik Puteri,Rawang ketika nak hujan lebat.Alhamdulillah,Allah beri kita nikmat hujan.

Gambar kat atas ni plak aku snap kat atas apartment aku mlm semalam.Saje test apa yg aku dpt dari website fotografi Noorizam Sabran.Tak guna internal flash ni.

Sabtu, 20 Mac 2010

Try n Error




Selamat berhujung minggu semua.Hari ni tiada aktiviti yang best.Datang opis wife then klik-klik kat dia nyer taman 5S dia..ni lah hasil yang sempat diambil oleh kamera Canon 450D.

Jumaat, 19 Mac 2010

Mac 2010


Mac 2010 adalah bulan terakhir aku bekerja bersama-sama Orogenic Resources SB di Tape Transcription Center,Bangi.Selepas ini aku akan berhijrah ke tempat kerja baru.InsyaAllah,aku akan lebarkan lagi sayap pengalaman dan skill-skill baru bersama syarikat baru.Selamat maju jaya semua.

Rabu, 17 Mac 2010

Gang @ RCO




Saje ambil gambar kawan-kawan di RCO,Permata Bangi.Kemungkinan gambar-gambar ini akan mengembalikan kenangan setelah 7 tahun bekerja bersama di Permata Petronas,Bangi.





Selasa, 16 Mac 2010

National Geographic Image


Teringin nak dapatkan gambar yg cantik seperti dalam National Geographic site ni.Semuanya gambar yg cantik dan telah mendapat award.Tengok-tengoklah apa yg telah disediakan dlm blog kali ni.




Ahad, 14 Mac 2010




Anak kedua Kak Long,Mastura telah memenangi pertandingan olahraga di sekolahnya di Meru.Tahniah utk Mastura juga kerana mendapat tempat pertama di Sekolah Agama.




Makan@Nando's Klang Parade



Gambar ni diambil kat Nando's Jusco Bkt Tinggi selepas membeli seluar baru di Jusco.Ni kali pertama makan kat kedai ni.




Rabu, 10 Mac 2010

Panorama Padang Besar,Perlis


Ini adalah pembukaan baru bagi tahun 2010.InsyaAllah,mengharapkan agar cerita-cerita dan gambar-gambar akan masuk secara berperingkat selepas ini.