Jumaat, 22 Oktober 2010

Islam hancurkan Islam..Nauzubillah...

Gambar dan bacaan lanjut boleh di lihat dari blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/gambar-gambar-islamic-fashion.html




Semalam,ketika membaca salah satu forum di internet,terlihat ada tajuk "Pertunjukkan Fesyen Islam" atau di kenali sebagai Islamic Fashion Show.Acara ni berlangsung di Monaco. Memang ada yang tak kena dengan fesyen ni kerana "seseorang isteri VVIP" yg menggelarkan diri dia "1st Lady" adalah penaungnya dan turut berada di situ.

Sungguh tak sangka,nama anjuran sungguh cantik tapi pakaian yg di pakai oleh model,JAHILIYAH..bukan ISLAMIK..lainlah kalau model-modelnya memakai BUSANA MUSLIMAH,itu lainlah ceritanya.Ni baju yang seksi,mendedahkan dada dan ada juga tulisan nama Nabi Junjungan kita NABI MUHAMMAD dalam jawi yang sengaja di terbalikkan.

Kita disini sibuk menentang kartunis Denmark yang telah melukis wajah Nabi kesayangan kita tapi "penaung IFF(Islamic Fashion Festival)" ini sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam walaupun "penaung" itu Islam.