Selasa, 26 Oktober 2010

Jom Senam



Pagi-pagi lagi pekerja di kawasan pembinaan Impiana Hotel KL ini dah berkumpul.Ingatkan ada apa,rupanya mereka mendengar taklimat dan seterusnya bersenam.

Seingat aku,aku disuruh senam sewaktu aku praktikal di Harta Consult Sdn Bhd anak syarikat
Perbadanan Johor di Komtar,JB kira-kira 9 tahun yang lepas.

Waktu aku keje kat Brother's Engineering dulu kat kilang Jepun, ada gak senam2 ni..Mungkin mereka pekerja-pekerja Sunway Construction ni ikut budaya Jepun kot..Tapi bagusla sekurang-kurangnya dapat meregang otot dan hilangkan rasa mengantuk.Jomlah kita senam gak pagi-pagi sebelum mulakan kerja ya..dan Paling Utama,baca doa agar kerja kita menjadi IBADAT dan diberkati oleh ALLAH SWT.Amin...

Go..Go..Go..

Adik Ipar Bekas Perdana Menteri Britain




LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba - tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Jumaat, 22 Oktober 2010

Islam hancurkan Islam..Nauzubillah...

Gambar dan bacaan lanjut boleh di lihat dari blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/gambar-gambar-islamic-fashion.html




Semalam,ketika membaca salah satu forum di internet,terlihat ada tajuk "Pertunjukkan Fesyen Islam" atau di kenali sebagai Islamic Fashion Show.Acara ni berlangsung di Monaco. Memang ada yang tak kena dengan fesyen ni kerana "seseorang isteri VVIP" yg menggelarkan diri dia "1st Lady" adalah penaungnya dan turut berada di situ.

Sungguh tak sangka,nama anjuran sungguh cantik tapi pakaian yg di pakai oleh model,JAHILIYAH..bukan ISLAMIK..lainlah kalau model-modelnya memakai BUSANA MUSLIMAH,itu lainlah ceritanya.Ni baju yang seksi,mendedahkan dada dan ada juga tulisan nama Nabi Junjungan kita NABI MUHAMMAD dalam jawi yang sengaja di terbalikkan.

Kita disini sibuk menentang kartunis Denmark yang telah melukis wajah Nabi kesayangan kita tapi "penaung IFF(Islamic Fashion Festival)" ini sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam walaupun "penaung" itu Islam.