Rabu, 12 Januari 2011

Solat Hajat Perdana

Hari Ahad yang lepas bersamaan 9 Januari 2011,Kerajaan Selangor telah mengadakan majlis solat hajat perdana. Ini adalah kerana kerajaan negeri ingin mendapat kekuatan agar dapat menangkis segala tohmahan dan masalah yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan.

Majlis dimulakan pada waktu Maghrib dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudian diikuti dengan kuliah Maghrib yang di sampaikan oleh Tok Guru Dato Harun Din.

Kemudian,majlis dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat yang telah di imamkan oleh Tok Guru Haji Hadi Awang.

Antara makmum-makmum dari kalangan VVIP ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Datuk Mustafa Ali,Khalid Samad dan ramai lagi pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang memberi ucapan ialah dimulai dengan Ustaz Tuan Man Tuan Ibrahim,kemudian penerangan apa yg terjadi pada masa kini oleh Tan Sri Khalid Ibrahim(MB Selangor),Tok Guru Haji Hadi,Anwar Ibrahim dan di akhiri oleh Tok Guru Nik Aziz.

Di anggar seramai 15ribu yang telah menghadiri majlis berkenaan. Semoga Islam dan keadilan akan bertapak di bumi Malaysia ini.InsyaAllah...


Tok Guru Haji Hadi Awang

Tok Guru last person bagi amanat pada pendokong-pendokong PAS

Dato Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan

Ketibaan Tok Guru Nik Aziz

Ucapan dari MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

Ucapan dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

MC pada malam itu Ustaz Idris Ahmad


Jemaah selepas solat Isya dan Solat Hajat