Isnin, 28 Mac 2011

Geneva-23/3/2011-27/3/2011






Pada 23/3/2011, aku dan bersama-sama Razman telah terbang ke Geneva utk projek tapecopy di Addax Petroleum. Perjalanan yang sungguh jauh dan ni adalah kali pertama aku terbang merentasi benua Asia.
Perjalanan bersama KLM Airlines begitu berbaloi dan tidak rasa penat sangat kerana KLM mmg menyediakan perkhidmatan yang best..makan minum pun banyak..entertainment dalam KLM mmg best la..leh tengok tv..main game..macam2 leh..
Sesekali lihat di monitor di hadapan tempat duduk aku di KLM terlihat suhu di luar kapal terbang melepasi -60 darjah celcius..kalau la dok luar mmg dah beku gila dibuatnya..manakan tidak..aku yg kat dlm kapal terbang tu boleh menggigil la gak..nasib baik ada slimut dan baju sejuk kak ngah..panas skjp..
Sampai di Amsterdam, jam menunjukkan pukul 550am..Amsterdam adalah transit sementara ke Geneva..pukul 745am..
Dah sampai waktunya, kami pun naiklah KLM sekali lagi..dah terbang menuju ke Geneva tiba-tiba ada masalah teknikal..kira dah separuh jalan jugakla..tiba2 kapal di terbangkan smula ke Amsterdam sebab ada masalah hidraulik..Alhamdulillah tak jadi apa2..kalau mereka teruskan juga tak taula apa jadi pada kami semua nanti..
Sampai di Geneva dah pukul 11am..kira lambat jugalah sampai..di airport kami di jemput oleh seorang yg telah diupah oleh Addax. Kami di bawa ke villa Addax di Chemin Van apa ntah..kemudian setelah meletakkan beg2 kami, kami berjalan kaki ke Addax. Perjalanan hanya mengambil masa 15min ke Addax. Dengan keadaan yang letih..kami telah disuruh berkerja oleh Don ngok..
Setelah selesaikan beberapa kerja di opis baru kami, kami di bawa ke Migros Supermarket untuk beli beberapa barang dapur..yang paling hampeh..Si Don bengong ni paksa kami beli barang..dia ingat kami ni banyak duit agaknya..sakit hati tul...
Sampai di rumah, kami masak nasi untk makan malam..mmg penat..sok paginya nak pegi keje lagi..termaasukla hari ni hari ahad 27 mac 2011..
pada hari ni 27 mac 2011, team aku buat keje yg simple2 sbb dah 3 hari kerja keras utk setup opis baru..kemudian kami jalan2 jelajah geneva dengan berjalan kaki...oklah sampai di sini sahaja coretan..ada masa kita jumpa lagi...Merci...