Sabtu, 29 Januari 2011

Majlis UlangTahun Mak Mertua & Istri




Pada 19 Januari 2011, kami menyambut ulangtahun kelahiran bagi mak mertua dan istri tersayang Nurul Asykin. Kami menyambut di rumah Meru,Klang dengan memotong kek. Kemudian malam itu,kami semua pergi makan-makan di Klang.

Selasa, 25 Januari 2011

Jangan takutkan Org Bukan Islam terhadap Islam



Tugas muslim ialah menyampaikan apa yg telah diutuskan oleh Rasullullah disampaikan pada yg bukan muslim dan terbitlah kecantikkan dlm Islam itu sendiri.Bukan menakutkan org bukan ISLAM dengan tuduhan yang boleh membuatkan org bukan ISLAM itu jauh dari ISLAM.

Jumaat, 21 Januari 2011

Solatlah Walau Sesibuk Manapun

Di ambil dari emel yang di forwardkan...

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar …

kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Rabu, 19 Januari 2011

Ribut Hujan Batu 16 Mei 2010 di Oklahoma City

Kejadian ini adalah kejadian sebenar di mana hujan batu telah turun di Oklahoma,Amerika Syarikat. Lihatlah kebesaran Allah dimana dia membentukkan hujan yg merupakan cecair menjadi air seperti batu dan diturunkan bersama-sama angin. Semoga kita di sini mensyukuri dan segeralah kembali pada Al-Quran dan Sunnah dari segala aspek kehidupan. Islam itu sempurna dan layak di jalankan di seluruh dunia.



Rabu, 12 Januari 2011

Solat Hajat Perdana

Hari Ahad yang lepas bersamaan 9 Januari 2011,Kerajaan Selangor telah mengadakan majlis solat hajat perdana. Ini adalah kerana kerajaan negeri ingin mendapat kekuatan agar dapat menangkis segala tohmahan dan masalah yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan.

Majlis dimulakan pada waktu Maghrib dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudian diikuti dengan kuliah Maghrib yang di sampaikan oleh Tok Guru Dato Harun Din.

Kemudian,majlis dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat yang telah di imamkan oleh Tok Guru Haji Hadi Awang.

Antara makmum-makmum dari kalangan VVIP ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Datuk Mustafa Ali,Khalid Samad dan ramai lagi pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang memberi ucapan ialah dimulai dengan Ustaz Tuan Man Tuan Ibrahim,kemudian penerangan apa yg terjadi pada masa kini oleh Tan Sri Khalid Ibrahim(MB Selangor),Tok Guru Haji Hadi,Anwar Ibrahim dan di akhiri oleh Tok Guru Nik Aziz.

Di anggar seramai 15ribu yang telah menghadiri majlis berkenaan. Semoga Islam dan keadilan akan bertapak di bumi Malaysia ini.InsyaAllah...


Tok Guru Haji Hadi Awang

Tok Guru last person bagi amanat pada pendokong-pendokong PAS

Dato Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan

Ketibaan Tok Guru Nik Aziz

Ucapan dari MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

Ucapan dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

MC pada malam itu Ustaz Idris Ahmad


Jemaah selepas solat Isya dan Solat Hajat