Bertemu semula di episod 2 jelajah Dieng Wonosobo.
Pada pukul 330am, kami semua sudah bangun tidur dan bersiap berangkat ke Bukit Sikunir dengan perjalanan mengambil masa 30 minit dari homestay. Setelah solat subuh pukul 410am, kami semua berangkat dan sampai di Bukit Sikunir lebih kurang pukul 500am.
Pada pukul 330am, kami semua sudah bangun tidur dan bersiap berangkat ke Bukit Sikunir dengan perjalanan mengambil masa 30 minit dari homestay. Setelah solat subuh pukul 410am, kami semua berangkat dan sampai di Bukit Sikunir lebih kurang pukul 500am.
Walaupun 800meter je tapi perjalanannya mmg mencabar. Ini kerana jalannya mendaki hampir 90 darjah tingginya. Perjalanan ke puncak lebih kurang 20 minit. Nasib baik aku ada stamina sket utk teruskan mendaki dan akhirnya aku sampai ke puncak dan dapat menyaksikan keindahan Allah iaitu matahari terbit dengan warna kuning oren dan berada di atas awan.
Aku juga mengambil gambar pemandangan ke arah desa tertinggi jawa tengah.
Setelah menyaksikan matahari terbit, kami di bawa ke kompleks candi di kawasan sekitar situ.
Kami seramai 24 orang bersarapan di kompleks candi itu dan setelah itu kami di bawa menonton filem pendek mengenai Dieng di Dieng Plateu Theater bagi mendapat lebih banyak info. Setelah itu, kami berangkat ke homestay dan berkemas utk pulang ke Jakarta.
Pukul 1530 kami berangkat ke Terminal Wonosobo dan menaiki bas ekspress yang sama iaitu Malino Putra ke Jakarta. Alhamdulillah sampai di terminal Pulo Gadong,Jakarta pada pukul 400am.
Sekadar itu perjalanan aku dan team backpacker murah ke Dieng kali ni. InsyaAllah ada masa, aku akan ikut lagi bersama team BM'ers lagi.
Kali ni, bajet aku ke Jakarta dan ke Dieng cuma habis sekitar RM 450 sahaja. InsyaAllah berjumpa lagi di entry yg lain.