Khamis, 27 Mac 2014

Short Trip Penang 22 - 23/3/2014

Assalam dan salam sejahtera. Kali ni entry berkenaan short trip aku dan istri ke Pulau Pinang. Sebenarnya nak hantar istri ke Bukit Mertajam tapi alang-alang hantar dia,baik berjalan sekejap di Penang.

Kali pertama menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke dua, merasakan amat jauh jaraknya tapi takpela kerana waktu sekarang ni ianya masih free so takyahla keluar duit banyak.





Sebelum tuh, aku singgah utk solat jamak asar zuhur di hentian RTC Ipoh yang ada Mydin mall tu. Lepas solat, kami pun nak makan jap dan alangkah terperanjat kerana medan selera tu kotor dengan sampah sarap lebih-lebih lagi di kawasan Restoren Nasi Padang Kota. Bagaimana lah nak ubah sikap orang Malaysia ni kan.

RTC Ipoh

Ok sambung semula cerita tadi, kami sampai di Hotel Burmahtel, Jalan Burma pada jam 9 malam. Lepas je check in, mandi + solat terus keluar semula. Dalam list, nak pegi makan kat nasi kandaq beratur tapi pusing2 cari parking tak jumpa terus terjumpa nasi kandaq line clear. Apa lagi, dok situ makan je la. Well, aku boleh cakap yg rasa dia mmg kuat herba dia.






Line Clear Nasi Kandaq




Ingatkan lepas tu nak jalan-jalan kat Gurney Drive tapi kerana kepenatan kami pun balik ke hotel. Kira abislah aktiviti pertama kami.

Hari kedua nya pula, kami pergi ke Lorong Kulit di mana ianya bersebelahan dengan stadium bandaraya Pulau Pinang. Aku bersarapan dgn mee goreng mamak di mana mee goreng nya di masak menggunakan arang dan masakannya sempoi dan sedap. Manakala wife aku lak makan kue tiaw teng yg sememangnya popular di utara.

Setelah itu kami pun menjelajah Lorong Kulit ni. Kawasan ni mmg popular dgn orang yg menjual barang-barang lama sehinggalah kepada barang moden.



Mee goreng mamak guna arang kayu

Kat sini, kami terbeli buku tulisan jawi tahun 1956 kalau tak salah. Memang best la jalan kat sini dan tak terasa masa amat mencemburui kita. Setelah itu, kami terus berangkat ke hotel semula utk check out. Jam 2 petang kami pun keluar dan terus mencari makan tengahari. Kali ni kami akan ke Padang Kota dan mencari Rojak Famous. Kat medan selera Renong ni kalau tak salah ada 3 kedai rojak famous. Ada rojak famous Hussein,Rojak Famous Ghani dan satu lagi tak ingat. Aku pun pergi ke Rojak Famous Ghani dan ambil beberapa bahan antaranya ketam, sotong dan cengkodok udang. Harga yg di bayar ialah RM 35 sehidang. 



Medan Selera Renong

Last sekali kami berjalan-jalan sebentar di area Padang Kota. Di situ terdapat tugu peringatan dan Kota Fort Cornwallis.Kota Fort Cornwallis aku tak sempat ambik gambar sebab masa suntuk nak hantar wife aku check in di Hotel The Summit,Bukit Mertajam.

Tugu Peringatan

Habislah aktiviti dan trip kami yang terlalu singkat ni. InsyaAllah akan kami jelajahi semula pada masa terdekat ni. Penang,I will come back.