Assalamualaikum semua. Kali ni entry aku berkenaan ride mengaji GGB'ers ke Melaka. Ride mengaji ini di anjurkan oleh seorang ustaz dari kalangan kami GGB'ers. Ustaz yg aku maksudkan Ustaz Saiful Adli. Jam 830am pada 14 Jan 2014, kami seramai 13 orang berkumpul di RnR Dengkil. Setelah cukup korum,kami teruskan perjalanan ke Melaka dan destinasi di tuju ialah Masjid Terapung Melaka.
Kami berhenti sebentar di Perhentian Sebelah Pedas berehat dan buang apa yang patut di situ dan seterusnya meneruskan perjalanan. Kami sampai di destinasi lebih kurang jam 1030am.
Abam Malik |
Selat Melaka |
Antara jentera yang join |
Melepaskan kepenatan |
Kami membuat solat sunat tahiyatull masjid dan sunat dhuha. Kemudian kami memulakan aktiviti membaca Al-Quran dan kali ni, kami membaca surah Al-Qariah dan di beri sedikit penerangan tentang surah ini oleh
Ustaz Saiful Adli.
Kuliah dan kelas mengaji Blade |
Kami berbincang santai tentang hukum nikah dan hari akhirat. Alhamdulillah walaupun semua persoalan masih belum di jawab dgn penuh, InsyaAllah semuanya kelihatan berpuas hati dan akan teruskan menggali jawapannya. Inilah ride julung-julung kali pertamanya ada pengisian rohani yang pernah aku ikuti.
Setelah habis aktiviti di masjid, kami di jemput makan dan bacaan doa selamat dari rumah Abg Fauzi di Bukit Serindit. Kami di jamu dgn nasi putih berlaukkan asam pedas ayam yang sedap. Setelah habis semua makan tengahari, tiba-tiba kawan kami iaitu Luis Hafez Suarez (gambar : sedang berada di atas motor) mengadu kesakitan akibat slip disc katanya. Kemudian kami tinggalkan dia sebentar dan kami solat jamak takdim di surau berhampiran.
Di hadapan rumah Abg Fauzi(berkopiah) dan isterinya serta anak-anaknya |