Jumaat, 18 Jun 2010

Bersama Chef Anis Nabilah (Asian Food Channel)





Entry yg ini sepatutnya aku masukkan sebelum aku ke Jakarta,tapi tade masa.So,ini adalah demo masakan cup cake dari Chef Anis Nabilah.Chef ni comel orangnya,kecik dan cantik tetapi kalau bab bercakap mmg dia orang paling sesuai meng"host" kan rancangan masakan.Yelah,chef dari Asian Food Channel(AFC) siaran 703 Astro.

Dalam demo tu dia cuma tunjukkan cara bagaimana nak masak cup cake yang sedap.Memang sedap pun bila dia dah siap masak dan bagi kami penonton ni rasa.So korang nak amik resepi dia?Tengok kat gambar yg aku dah upload kat atas tu.Tak rugi mencuba.Mana tau,korang punya idea untuk mengubah supaya lebih sedap.

Masa demo ni berlangsung,ada pameran Digital Camera Imaging (DCIM) kat dewan sebelah.So ramailah peminat-peminat kamera DSLR dan compact turun sebab ada jualan murah dan pertunjukkan model-model.Sampaikan chef ni cakap,kalau letak model kat atas pentas tu rasanya baru orang akan perasan dia sedang buat demo masakan tu.Hehehehe...

Chef ni aku ingatkan orang Singapura tapi bila tanya dia,rupanya dia ni anak jati Subang,Selangor.Muda-muda lagi dah jadi chef.Jadi chef terus AFC ambil dia sebagai duta lak tu kan.Yelah,orang ada rupa dan kemahiran masak la katakan.

So hari tu,memang hari berjalan-jalan je lah.Ambik gambar model,chef dan macam-macam lagi.Okla rasanya cukup kot entry aku kali ni.Jumpa di entry lain nanti.Ada sesapa yang suka baca blog ni,sudi-sudikanlah jadi pengikut so lehla aku tambahkan network.Bukan utk mencari keuntungan semata-mata tetapi memanjangkan persaudaraan.

Jom..GO GO GO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan