Ahad, 27 Jun 2010

Travel Alone @ Taman Putra Perdana,Putrajaya













Hari ni aku hantar wife aku ke Puncak Jalil sebab dia masuk kelas menjahit asas baju kurung.Alhamdulillah menjadi dan lepas-lepas ni,dia akan buat baju dia sendiri la gamaknya.Save bajet dia..cuma beli kain je la.
Aku bukan nak cerita yang itu sebenarnya,aku nak cerita apa aktiviti aku selepas aku menghantar wife aku ke kelas tu.Aku turunkan dia depan rumah cikgu dia tu jam 950am lebih kurang,kemudian terus aku blah cari kedai makan sebab dah lapar.Perut dah kenyang baru leh cari port mana yang best-best.
Lepas makan sarapan kat kedai berhampiran rumah cikgu wife aku tu,aku pun berangkat ke Taman Putra Perdana,Putrajaya.Lokasi dia ni kat atas bukit bersebelahan dengan Hotel ShangriLa dan Istana Singgah Melawati,Putrajaya.Masih tak tau di mana arahnya..sila kan tanya ATOK GOOGLEMAP ye.Hehehehe..
Dengan berbekalkan suratkhabar Harian Metro,aku pun lepak2 kat kawasan taman tu.Ingatkan lepas baca paper tu nak lelapkan mata sambil tunggu waktu berlalu,tapi tokle tido sebab ada cleaner taman tu sibuk membersihkan daun-daun kering dengan mesin angin dia tu.Bengang tul..
Habis je aku baca paper,mata dok melilau dan termenung nak wat aktiviti apa lagi.Then,aku nampak pasangan kekasih ke suami istri ke bawak kamera DSLR mereka menuju ke taman.Aku plak terlupa nak bawak kamera aku tu,yelah ingatkan nak jalan-jalan kosong je.
Aku terus dapat idea,berjalan-jalan sambil amik gambar guna Handphone Motorola V3x aku ni.So inilah hasil dari kamera phone aku tu..Silalah komen ye..
Okla lenkali aku masuk lagi untuk wat pertambahan entri..jumpa lagi..

Go..Go..Go..

It's Rainbow..SubhanaAllah..

-HDR-




Hari tu aku pulang awal ke rumah.Duduk kat opis pun takde keje urgent so aku cabut..hehehe..Bos tau lah..Balik-balik tu mendung kat area umah.Sampai kat umah,tengok cerah plak tapi di kawasan Gombak rasanya nampak cam mendung.Sedang lepak2 sambil layan internet,aku jenguklah keluar dari balkoni rumah aku ni.Kelihatanlah pelangi yang cantik sekali.
Aku terus sambar kamera aku dan shot beberapa keping gambar, dan hasilnya apa yang aku letak kat atas tu lah.Itu aku dah edit sket sebab nak nampak kekemasan walaupun aku rasa serabut je gambar tu.
Yela,aku akui yang aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi.Aku memerlukan komen dari korang yang jenguk ke blog aku ni.Aku tanak syok sendiri.Hehehee...
Gambar satu lagi tu aku cuba try test guna kaedah HDR(High Definition Range).Ntah betul ke tak aku bagi istilah HDR tu.hehehe..

Go..Go..Go..

Rabu, 23 Jun 2010

Unleash Your Potential











Unleash your potential..itulah tema Amway kebangsaan yang di adakan gilang gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil.Kelihatan peserta memenuhi semua tempat duduk yang disediakan.
Hari tu aku masuk ke situ jam 6 petang dan kelihatan seperti lautan manusia.Telefon kawan tidak dengar..nasib baik aku ternampak dia melambai-lambai ke arah kami suami isteri.Kami duduk bersebelahan dengannya.
Keadaan gamat sampai nak bercakap sesama sendiri kena kuat kerana laungan semangat dari peserta-peserta Amway mmg kuat.Dapatlah aku merasa semangat motivasi utk teruskan kehidupan seterusnya.
Di acara itu,terdapat penceramah-penceramah Amway yang dahulunya seorang pekerja bawahan,surirumah dan macam macam lagi tetapi bila masuk Amway,mereka berkerja keras dan sekarang semuanya boleh digelar hartawan.Kalau mereka boleh,apatah lagi kita kan.
Mereka-mereka tu ada yang dahulunya bekerja dengan Petronas dan ada syarikat sendiri tapi mereka mau juga jalankan perniagaan Amway ini,kerana katanya Amway bukan sahaja mendapatkan keuntugan pada diri sendiri dan keluarga malah dapat menolong sesama sendiri dengan membantu mereka naik seperti mereka juga.
Sekarang ni aku dah mencuba 2 suplemen Amway,iaitu Daily 60 dan Formulation for Men.Alhamdulillah memang nampak berkesan.Daily 60 tu ada 60 biji suplemen terdiri dari 11 vitamin 7 mineral yang mmg diperlukan oleh badan.Makan pun sebiji sehari..so kalau 60 biji tu maknanya 60 hari la.Harga pun murah tak sampai RM50. Formulation for Men tu lak aku amik sebab nak jaga stamina dan untuk lelaki lah.Badan penat-penat bila ambil sebiji pagi dan sebiji malam,Alhamdulillah badan terasa sihat semula.
Sekarang ni,aku mencuba pula Kopi Ginseng.Bau dia harum dan rasanya mmg ummmmmppppphhhhh....Sekali minum terasa badan segar dan bertenaga.Kalau ada sesapa yang inginkan pembaharuan pada diri sendiri atau mencari multivitamin,bolehlah hubungi aku ye.InsyaAllah aku akan menolong yang termampu.Oklah berjumpa lagi di entry lain di lain masa.

Go..Go..Go..

Jumaat, 18 Jun 2010

Bersama Chef Anis Nabilah (Asian Food Channel)





Entry yg ini sepatutnya aku masukkan sebelum aku ke Jakarta,tapi tade masa.So,ini adalah demo masakan cup cake dari Chef Anis Nabilah.Chef ni comel orangnya,kecik dan cantik tetapi kalau bab bercakap mmg dia orang paling sesuai meng"host" kan rancangan masakan.Yelah,chef dari Asian Food Channel(AFC) siaran 703 Astro.

Dalam demo tu dia cuma tunjukkan cara bagaimana nak masak cup cake yang sedap.Memang sedap pun bila dia dah siap masak dan bagi kami penonton ni rasa.So korang nak amik resepi dia?Tengok kat gambar yg aku dah upload kat atas tu.Tak rugi mencuba.Mana tau,korang punya idea untuk mengubah supaya lebih sedap.

Masa demo ni berlangsung,ada pameran Digital Camera Imaging (DCIM) kat dewan sebelah.So ramailah peminat-peminat kamera DSLR dan compact turun sebab ada jualan murah dan pertunjukkan model-model.Sampaikan chef ni cakap,kalau letak model kat atas pentas tu rasanya baru orang akan perasan dia sedang buat demo masakan tu.Hehehehe...

Chef ni aku ingatkan orang Singapura tapi bila tanya dia,rupanya dia ni anak jati Subang,Selangor.Muda-muda lagi dah jadi chef.Jadi chef terus AFC ambil dia sebagai duta lak tu kan.Yelah,orang ada rupa dan kemahiran masak la katakan.

So hari tu,memang hari berjalan-jalan je lah.Ambik gambar model,chef dan macam-macam lagi.Okla rasanya cukup kot entry aku kali ni.Jumpa di entry lain nanti.Ada sesapa yang suka baca blog ni,sudi-sudikanlah jadi pengikut so lehla aku tambahkan network.Bukan utk mencari keuntungan semata-mata tetapi memanjangkan persaudaraan.

Jom..GO GO GO

Mari Belajar buat roti dan kek

Nak buat chocolate moist..

Ni lah hasil wholebread..

Penyediaan awal wholebread..

Timbang dulu,baru dapat exactly hasilnya yang baik

cikgu Lia sedang mengajar..

Baru sampai nih..

Kusyuk mendengar mukadimmah..

Bahan-bahan wholebread

Ceria sebab akan dapat ilmu baru..

Gambar-gambar ini sebenarnya dah lama,iaitu sebelum aku ke Jakarta.Wife aku ni ada cadangan baik sebab dia nak belajar buat roti ni sebab,katanya nak berenti awal so kalau ada kemahiran seperti buat roti ni,adalah backup utk hari tua.

Kelas buat roti ni di buat di rumah Cikgu Lia atau kami kenali dia dengan panggilan Kak Lia.Dia memang baik orangnya dan suka menolong.Harga kelas ni tak lah terlalu mahal,cuma RM15 je kalau tak silap.Suaminya Shamsul Affendi atau aku panggil Fendi ni pun ramah orangnya.Kami sempat berkenal-kenalan selepas abis kelas tersebut.

Hari tu kami di ajar buat roti wholebread dengan machine yg pintar.Mana tak pintar nya,masukkan bahan-bahan roti yang dah tersenarai kemudian,masukkan ke dalam machine bread maker tu,dia akan uli sampai empok dan terus di bakar.

Kemudian kami di ajar bagaimana nak buat roti yang kebanyakkan di kedai-kedai roti.Ada roti pizza,roti croisant,chocolate moist dan macam-macam lagi.Dia juga tunjukkan demo bagaimana ada satu periuk ni mmg menakjubkan.Sebab apa aku cakap camtu,dia masak bubur kacang hijau hanya makan masa 6 minit sahaja.Lembut dan sedap..

Yelah sekarang kan zaman nak cepat,so masak pun kena cepat.Cara penyediaan nya pun senang dengan menggunakan kedua-dua material masakan ni.Kepada sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut,korang boleh hubungi aku.Cara hubungi aku boleh melalui emel zainitar@gmail.com atau call direct 012-7617043. Tanya tak perlukan duit kawan-kawan.

So aku rasa,aku stop disini dulu.Ada masa lagi akan aku post apa-apa yang boleh mendatangkan keuntungan pada pembaca sekalian.Terima kasih kerana membaca blog aku ni yer.Kalau boleh,tambahkan aku menjadi network korang semua.

Khamis, 17 Jun 2010

Celcom Blue Bear









Celcom Blue Bear..ya itu namanya hadiah dari top up RM 30 sebanyak 3 kali. Hadiah ini sebenarnya untuk wife aku kerana dia dah topup sebanya 3 kali dalam masa 2 bulan.Mungkin juga semenjak aku ke Jakarta kerana training dan kerja di HQ Alliance Geotechnical Services.

Berwarna biru dan sungguh comel,itu yg boleh aku katakan.Korang yang teringin dapatkan doll tu,cepat-cepatlah daftar dulu ke Celcom.Caranya taip BOLA hantar ke 22188 atau dail *119# untuk pengguna celcom blue. Xpax,korang cari sendiri lah.Hehehehe...

Setakat ni aku dah dapat 3 doll,iaitu dari negara BearMany(Germany), BearyFrance(France) dan BearTugal(Portugal).Ada banyak lagi negara yang perlu aku kumpulkan.Walaupun kat rumah aku ni tak subscribe Astro Sport tapi aku mendokong WC 2010 walaupun bunyi "vuvuvel" seperti bunyi lalat langau tu memekakkan.

Saiz doll ni taklah besar sangat,tingginya setinggi remote control Astro.So mmg la comel lah.Apapun terima kasih pada Celcom kerana memberi hadiah comel ini.