Isnin, 23 Disember 2013

Short Trip Kuala Terengganu, Terengganu (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni entry aku berkenaan short trip ke Kuala Terengganu, Terengganu. Kali ni aku pergi bersama 2 keluarga besar iaitu keluarga aku dari Nitar dan mak bapak mertua dari Meru.

21 Disember 2013
Bermula jam 510am, kami bertolak dari rumah Dengkil menuju ke Kuala Terengganu. Cuaca sepanjang perjalanan baik. Kami singgah sebentar di BHP Karak untuk solat Subuh sebentar. 


Muka Irfan (anak buah ) di BHP Karak

Perjalanan mengambil masa lbh kurang 6 jam melalui lebuhraya Karak sehingga lah ke Kuala Terengganu. Tol yg kami bayar di Tol Gombak UIA RM 5.00, Tol Bentong RM 3.00 dan Tol Jabor RM 21.00, manakala tol Kuala Terengganu masih free sbb dalam pembinaan lagi.

Kami berhenti dan makan pagi di RnR Temerloh. Setelah itu, meneruskan perjalanan ke KT. Setibanya di Tol Jabor, kami melalui jalan dalam sebab Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Jabor ke Kuala Terengganu masih belum siap sepenuhnya dan terpaksa mengambil jalan dalam. Keadaan jalan dalam yg rosak akibat banjir dan banyak lubang-lubang di atas jalan ber tar.

Destinasi pertama

Masjid Kristal Kuala Terengganu
- Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
- Dibina sekitar tahun 2006
- Di dalam kawasan Taman Tamadun Islam

Kami mengelilingi masjid yang besarnya hanya boleh memuatkan seramai 700 jemaah pada sesuatu masa. Kawasan sekitarnya terdapat kedai souvenir dan dewan kursus. Apa yang mengecewakan aku ketika aku masuk ke dalam ruangan solat, terdapat beberapa baldi di letakkan di sekitar tempat saf pertama atau kedua. Ini adalah kerana terdapat beberapa kebocoran di dalam masjid itu. Aku sempat membeli Fridge magnet Masjid Kristal untuk di buat kenangan.







Mak dan bapa mertua 

Irfan bersama mama dia (Angah)

Destinasi kedua
Gambar dari www.tti.com.my


Taman Tamadun Islam
- Terdapat beberapa buah masjid agung dunia dan binaan Islam di dalamnya antaranya Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Aqsa dan Taj Mahal.
- Bayaran masuk untuk dewasa RM 20

Kali ni wife,bapak dan mak mertua aku tak masuk so aku masuk bersama family aku. Melihat replika-replika binaan dan masjid seluruh dunia. Sayangnya, tempat ini seperti hidup segan mati tak mau dengan kecacatan dari segi landskapnya. So, agak mengecewakan la juga sebenarnya tapi secara totalnya, bagi aku ok-ok saja.Apa yang penting, kami enjoy dan dapat melihat masjid agung Islam dan binaan agung Islam.

Masjid Sultan, Kota Singapura


Taj Mahal, India

Setelah habis kawasan kami lawati, kami makan di B'Beteng Restaurant di Taman Tamadun Islam (TTI). Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.tti.com.my/.Setelah perut kenyang, kami terus ke Hotel Seri Malaysia,Kuala Terengganu.


Setelah kami check in, kami berehat sebentar untuk mengumpulkan tenaga semula. Jam 5 petang kami akan ke destinasi ke tiga iaitu ke warong yg masuk Jalan-Jalan Cari Makan. 

Destinasi ke tiga

Warong Pok Nong.
- Warong ini menjual seefood celup tepung dan orang luar lebih mengenali nya dengan warong ICT (Ikan Celup Tepung)
- Warong ini terletak di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Sampai di sana, kami melihat begitu ramai orang. Meja makan pun penuh. 

Map waze yang aku set ke Chalet Anees.Sebenarnya depan sikit lagi warong tu.


Pemandangan di warong Pok Nong


Pantai Batu Rakit

Well, harga untuk makan ICT ni..berbaloi sebab seafood nya fresh lagi..dan di goreng panas dan rangup. Warong ini dibuka dari jam 3pm sampai 8pm jer..tapi kalau orang masih ramai jam 8pm tu..bukakla warong tu..


Yang tak bestnya plak, warong ni membuatkan pelanggan-pelanggannya berebut ketika nak ambil makanan, ibarat orang kebulur. Bukankah lebih baik kalau di adakan pakej yang tak memerlukan skill berebut. Bab tu yg aku tak gemar. Apa guna duit dah banyak tapi takde enhancement dari segi management. Tu pendapat aku lah. Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku ke situ. Sorry guys, kalau pendapat aku ni korang tak suka.

Kami balik ke hotel semula jam 8pm dan berehat di bilik. Famili aku pula, teruskan melepak di Pulau Warisan tempat di mana banyak lampu LED. Aku dan isteri pula, berjalan kaki dari Gate Kampung Cina ke Waterfront Terengganu.

Turtle Alley @ Kampung Cina KT

My wife @ Turtle Alley

Gate Kampung Cina Kuala Terengganu

Kuala Terengganu Waterfront

Habislah aktiviti hari pertama kami di Kuala Terengganu. Esok kami akan pulang dan meneruskan aktiviti terakhir. Tunggu ceritanya di part 2.