Berjumpa kembali di Part 4, sapa-sapa yg belum baca part 1, part 2 dan part 3; sila klik PART 1, PART 2 dan PART 3.
27/11/2013 - Hari terakhir berada di Guangzhou, aku,isteri dan akak ipar aku ke Nanfang Plaza semula kerana ada beberapa barang lagi perlu di beli. Kali ini, team Syam,Non dan Ayu tidak ikut kerana kehabisan bajet katanya.
Setelah habis berbelanja di Nanfang Plaza, kami bertiga kembali semula ke OneLink Plaza utk meronda buat kali terakhir dengan membeli apa-apa yg patut. Kami bertiga cuma menaiki teksi. Teksi dari hotel di Bei Jing Lu ke Xidi Ma Lu (Nanfang Plaza) tu kami di kenakan bayaran sbanyak Yuan 12 sahaja. Begitu juga dari Nanfang Plaza ke OneLink Plaza.
Video di atas ni adalah keadaan di hadapan OneLink Plaza setelah pulang dari Nanfang Plaza.
Setelah habis meronda di OneLink Plaza, kami kembali ke bilik hotel dan mengemas sebelum pergi makan di restoren Halal di Bei Jing Lu. Restoren ini berdepan dengan sekolah primary rasanya.

Lokasi restoren Halal Bei Jing Lu ni, kalau lihat gambar kedua di atas, bila nampak bangunan tu,belok ke kanan dan restorennya di hujung..aku percaya korang akan nampak logo HALAL di situ. Tengokla hidangan yg kami makan tu dengan portion yg banyak. Kami bertiga makan cuma di kenakan Yuan 99 shaja. Hidangan tu termasuk dumpling,sup daging,2 nasi goreng,1 nasi puth,air soya dan pepsi.
Habis je makan-makan, kami pun mencari beg baru sbb barang-barang dah bertambah. Maka kami cari beg di area situ je.
Jam 1630, kami semua berangkat ke Bai Yun Airport. Kami menaiki teksi dengan tambang sebanyak Yuan 120 sahaja.Tambang ni dah termasuk dengan tol tau. Sampai di Bai Yun Airport, kami beratur dan ada peristiwa lucu di sana.
Acara membongkar powerbank setelah beg di wrap ( harga wrapping Yuan 50)
Amaran ketika di kaunter:
1) Keluarkan kesemua powerbank dan benda yang mengandungi bateri.Powerbank mmg strict tapi kalau speaker satu dua biji..buat bodoh je letak dlm baggage tu.
2) Lighter jgn di simpan dalam baggage. Kali ni lighter Kak Ngah terlepas sbb letak bawah baju sorok2..so maybe imigresen dah malas nak cek.
3) Barang-barang yg panjang cam dalam kotak konfom kena cek sekali lagi di kaunter lebihan standard.
Ketika di imigresen China, kami di check details. Ada yg kena bukak kasut ngan jaket. Tali pinggang tak perlu bukak.
Habislah kisah kami berenam di GZ. InsyaAllah aku akan berkelana sorang-sorang pasni bulan Jun 2014.Kami sampai di LCCT pada pukul 0230. Sekian utk tatapan semua.
Secara keseluruhan, bajet sebanyak RM2000 habis di belanjakan di GZ siap makan,teksi dan belanja diri sendiri.
Berjumpa kembali nanti di entry yang lain.