Isnin, 9 Disember 2013

Guangzhou November 2013 Part 2

Berjumpa kembali di part 2, sapa-sapa yg belum baca part 1 silakan klik pautan ini http://zainitar.blogspot.com/2013/12/guangzhou-november-2013-part-1.html

25/11/2013 - Hari kedua ini di mulakan dengan jelajah shopping ke NanFang Building International Electronic dengan menaiki teksi sapu. Nama driver teksi sapu ni ialah Han. Boleh berbahasa Inggeris yg terlalu lite. Pagi tu Han amik byrn sebanyak Yuan 50 sahaja. So oklah sbb kami berenam. Sampai di sana kedai pun belum bukak lagi..Yelah sampai lebh kurang jam 0930..so kami lepak-lepak dan menahan kesejukan di luar plaza tu.

Han (driver van sapu)



Kami berada di situ hampir 4 jam. Banyak barang-barang elektronik yg di beli. Harganya? Apa kata korang pergi sana dulu baru komen harga yer...Hehehe...



Setelah bershopping sakan di Nanfang Plaza, kami makan tengahari di Abdullah Qinghai Restaurant di No.71, Sanyuanli Dadao, Baiyun District (白云区三元里大道71号). Memang nampak mewah dan kelas di sini. Harga kami makan berenam sebanyak Yuan 300 ++ tapi portion dia mmg gempak gila dan banyak.

Setelah itu kami bertolak ke Bai Yun World Leather untuk beli handbag kulit dan berkualiti terbaik dunia. Sampai di sana dah jam 1630, dan terus kami mencari-cari handbag utk kaum wanita ni. Maklumlah aku sorang je lelaki..yg lain perempuan.




Setelah habis meronda di plaza ni, kami pun balik ke hotel. Mula-mula nak naik teksi, tapi mmg susah gila nak dptkan teksi bila dah maghrib kat kawasan ni. Maklumlah orang baru mula nak balik keje so teksi-teksi mmg malas nak masuk area Bei Jing Lu. So terpaksalah kami naik van sapu dgn byrn Yuan 80.

Setelah melepaskan penat di hotel, kami turun semula utk lepak-lepak dan ambil gambar menarik di sepanjang kawasan Bei Jing Lu.







Lepak-lepak makan popcorn sambil di nyamani dengan angin sejuk mmg terbaikla. Habislah aktiviti pada hari kedua.

Bersambung Part 3