Isnin, 17 Februari 2014

Jelajah Bukittinggi,Padang Episod 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali yer..penjelajahan akan bermula semula. Jom baca episod 1 dulu kepada sesiapa yang belum baca. Just click pada perkataan "episod 1".

27 Januari 2014

Aktiviti bermula seawal jam 0800 waktu Sumatera Barat. Destinasi tujuan adalah ke Tasik Maninjau. Sebelum ke Danau Maninjau, kami singgah sebentar ke tempat pembuatan perak. Hasil kraftangannya mmg terbaik dan isipadu perak ialah sebanyak 96 %. Harga mengikut acuan dan boleh kautim lah dgn pembuatnya.



Cincin nikah

Antara barang-barang utk membuat hasil kerja Perak

Setelah berkenan dan membeli cincin perak, kami terus ke di bawa ke Danau Maninjau. Perjalanan ke Maninjau memakan masa 2 jam dan akan melalui 44 kelok @ selekoh tajam. Kami berhenti sebentar di RV 1 iaitu di Hentian Sungai Landia. Melihat panorama indah membuatkan tenang di jiwa. 

Panorama indah Sg Landia

Dari RnR Sg Landia

Kayu Manis @ Rnr Sg Landia

Tu yg di pegang tu kayu manis yer..


Meneruskan perjalanan dan melalui kelok @ selekoh tajam sebanyak 44 selekoh tajam. 

Kelok @ Selekoh permulaan 

Kelok 39

Kami berhenti lagi di kelok entah ke berapa dan di situ kami berhenti makan atau minum atau yg sewaktu dgn nya. Danau Maninjau dapat di lihat dari kelok ini kerana panorama nya lebih indah dari atas.

Danau Maninjau

My wife - di belakangnya danau maninjau

Danau Maninjau Wide version

Pais ikan kecil danau maninjau

Setelah menghilangkan lapar dan haus di hentian tersebut, kami meneruskan ke Rumah Buya Hamka. Sesiapa yang ingin mengenali siapa dia Buya Hamka, korang klik link ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka.




Inilah rumah Buya Hamka tinggal sewaktu hidupnya. Tulisan dan buku beliau merata seluruh dunia di gunakan. Rumah ni hanya ada 1 bilik tidur sahaja dan rumahnya tidakla sebesar rumah orang-orang kaya sekarang. Alhamdulillah, ilmunya itulah aset paling berharga utk menjamin kedudukan beliau di sana kelak.

Setelah itu, kami berangkat semula pulang ke Bukittinggi dan time utk shopping.Destinasi berikut adalah Pasar Borong Aur Kuning.

Kami berhenti dulu di kedai yang mengusahakan labu sebagai kerepek dan cendol.Pekena cendol labu dulu setelah berhempas pulas menahan pening di laluan berselekoh.

Kami meneruskan ke Pusat Grosir Aur Kuning,Bukittinggi. Sampai di pusat grosir itu, jam dah menunjukkan pukul 2 petang. Utk makluman, pusat grosir ni tutup awal dalam pukul 5 petang. Pusat grosir ni bersambung bangunan dengan pasar basah dan hentian bas. Setelah habis bershopping di situ, kami meneruskan perjalanan dan makan tengahari di Pizza Hut Bukittinggi. Ni nak cerita sikitla tentang pizza hut sini, menu dia lain dari tempat lain dan mmg sedap di samping layanannya tiptop cam hotel 5 bintang. So, korang leh try gak pizza hut sini.

Pusat grosir Aur Kuning

Pasar Aur Kuning

Kedai ni tempat wife aku beli,katanya murah


Habis je makan tengahari merangkap makan petang, kami ke area Jam Gadang dan Pasar Atas. Menyambung beli dan belah lagi la jawapan dia.



Dari Pasar Atas

Panorama Pasar Atas

Kami beredar dari situ lebih kurang pukul 8 malam. So tamatlah aktiviti utk hari kedua. Tunggu episod 3 utk penjelajahan Bukittinggi.